13 askar AS maut dalam serangan di lapangan terbang Kabul

August 27, 2021 · Dunia

Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 13 anggotanya adalah antara 85 individu yang maut dalam dua letupan bom di luar Lapangan Terbang Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan pada Khamis.

Jurucakap Pusat Pemerintah Tentera AS berkata 18 lagi askarnya yang ketika itu dalam proses dipindahkan keluar dari Afghanistan turut cedera.

Kumpulan Taliban pula memberitahu 28 anggotanya yang ketika itu bertugas mengawasi orang ramai di sekitar lapangan terbang itu antara yang terbunuh, selain wanita dan kanak-kanak.

Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby pula memberitahu letupan pertama berlaku berhampiran Pintu Abbey di lapangan terbang berkenaan dan letupan kedua berhampiran Hotel Baron.

Salah satu letupan itu dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri, kata pegawai tentera AS.

“Kami mengesahkan bahawa letupan di Abbey Gate adalah hasil daripada ‘serangan kompleks’ yang mengakibatkan sejumlah korban membabitkan askar dan orang awam AS,” kata Kirby menerusi Twitter.

Pegawai AS percaya serangan itu dilakukan kumpulan ISIS-Khorasan (ISIS-K).

Sejak beberapa hari kebelakangan, pegawai AS menyatakan kebimbangan serius mengenai kemungkinan wujud kegiatan pengganas di sekitar lapangan terbang, terutama apabila membabitkan kumpulan pengganas ISIS-K.

ISIS hari ini mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu, termasuk menggunakan pengebom bunuh diri.

Komander Pusat Pemerintahan Tentera AS Jeneral Frank McKenzie, berkata amaran telah dikeluarkan supaya anggota tentera AS di Afghanistan mengambil langkah berjaga-jaga kerana serangan seperti itu mungkin berulang.

“Kami mengambil langkah keselamatan yang perlu,” katanya sambil menambah maklumat perisikan turut dikongsi dengan kumpulan Taliban.

Presiden AS, Joe Biden pula berikrar negaranya akan bertindak balas terhadap serangan itu.

Beliau mengarahkan Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) merangka rancangan bagaimana untuk melakukan serangan balas ke atas ISIS-K yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu.

“Kami tidak akan memaafkan. Kami tidak akan melupakan. Kami akan memburu anda dan membuatkan anda membayarnya,” kata Biden. – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023· Dunia
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban
December 24, 2022· Politik
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022· Dunia
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok