11 penunjuk perasaan maut bertempur dengan tentera junta

April 8, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 11 penunjuk perasaan terbunuh di bandar Taze di barat laut Myanmar selepas bertempur dengan askar rejim junta.

Media tempatan melaporkan, penduduk mengadakan demonstrasi dan menggunakan pisau, raifal serta bom petrol untuk menghalang pergerakan tentera.

Myanmar Now dan portal Irrawaddy melaporkan enam trak tentera dikerah untuk menghalang protes besar-besaran di Taze hari ini, tetapi mendapat tentangan penduduk yang menggunakan senjata api dan bom petrol.

Pertempuran berterusan dengan tentera junta mengirim lima trak lagi askar. Sekurang-kurangnya 11 penunjuk perasaan maut manakala lebih 20 lagi cedera.

Sehingga kini, jumlah penunjuk perasaan yang terbunuh selepas tentera merampas kuasa di Myanmar melebihi 600 orang. – Agensi

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok