10,000 sukarelawan tarik diri, Olimpik Tokyo mungkin ditangguh

June 3, 2021 · Dunia

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak menolak kemungkinan membatalkan atau menunda sukan itu, susulan muncul keraguan di kalangan pegawai kerajaan dan pakar perubatan sama ada acara itu selamat atau tidak ketika pandemik Covid-19 terus melanda.

Tetapi, dengan hanya tinggal 50 hari sahaja lagi sukan itu bakal bermula, penganjur turut menerima cabaran apabila 10,000 sukarelawannya menarik diri.

Tinjauan pendapat umum di Jepun secara keseluruhannya konsisten mahukan sukan dunia itu dibatalkan atau ditangguh ke tarikh lain kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun akhbar Nikkan Sports memetik Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto sebagai berkata pihaknya tidak boleh menunda lagi acara itu.

Akhbar Asahi pula membuat andaian bahawa sukan itu akan diteruskan selepas Perdana Menteri Yoshihide Suga bersedia mengadakan pilihan raya umum selepas Olimpik Tokyo selesai.

Ketika penonton luar negara dilarang ke temasya itu, pegawai Olimpik Tokyo 2020 belum membuat keputusan sama ada peminat di Jepun dibenar masuk ke tempat pertandingan.

Ini susulan kegembiraan peminat yang teruja akan berteriak dan berpelukan jika pasukan atau individu pilihan mereka menang, sekali gus akan menimbulkan risiko penularan wabak Covid-19.

Jepun sekarang ini sedang memerangi gelombang keempat Covid-19 – lapan minggu sebelum permulaan temasya sukan yang dijadualkan

Sementara itu, kira-kira 10,000 daripada 80,000 sukarelawan tanpa bayaran untuk Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik memberitahu penganjur bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam sukan yang akan bermula 23 Julai depan.

Penganjur mengatakan sesetengahnya enggan mengambil bahagian kerana kerana bimbang mengenai Covid-19.

Sedikit sahaja sukarelawan dijangka diberi vaksin kerana kebanyakannya tidak akan berhubungan dengan atlet atau pegawai penting yang lain.

“Selain kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19, ada yang berasa sukar untuk melakukan tugas di temasya itu kerana bertindih dengan jadual kerja mereka,” kata jurucakap penganjur. – Agensi

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera
February 6, 2023
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
February 6, 2023
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
February 7, 2023
10 maut, 10 cedera ditembak ketika sambut Tahun Baharu Cina
January 23, 2023
Lagi Dunia terkini
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
3 jam lalu · Dunia
Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera
8 jam lalu · Dunia
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
14 jam lalu · Dunia
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023 · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok