10,000 rakyat Palestin berlindung di sekolah, masjid, lapor PBB

May 15, 2021 · Dunia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 10,000 rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka di Semenanjung Gaza, susulan kemusnahan berterusan berikutan serangan keji rejim Zionis Israel sejak Isnin lalu.

“Mereka kini mendapatkan perlindungan di sekolah, masjid dan tempat lain ketika pandemik Covid-19, dengan bekalan air, makanan, perkhidmatan kesihatan yang terhad.

“Hospital dan akses kepada air serta perkhidmatan sanitasi bergantung kepada bekalan elektik, bahan bakar dijangka habis pada Ahad,” kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA).

UN OCHA juga berkata, pihak berkuasa Israel dan kumpulan Palestin mesti menghentikan segera pertempuran bagi membolehkan PBB dan bantuan kemanusian lain menyalurkan bahan bakar, makanan dan bekalan perubatan serta kakitangannya.

“Semua pihak mesti sentiasa mematuhi undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa,” kata UN OCHA dalam kenyataan hari ini.

Sekurang-kurangnya 122 rakyat Palestin, termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita terbunuh, manakala 900 lagi cedera dalam serangan berterusan rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak Isnin.

Rejim Israel terus menyasarkan Semananjung Gaza dengan pengeboman menyebabkan kerosakan teruk ke atas bangunan kediaman di seluruh semenanjung itu.

Setakat ini, sembilan warga Israel terbunuh dalam serangan balas pejuang Palestin – lapan daripadanya maut akibat serangan roket. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok