100 mesin layan diri ujian Covid-19 disediakan seluruh Singapura

September 18, 2021 · Dunia

Kerajaan Singapura menyediakan kira-kira 100 buah mesin layan diri ujian pantas antigen (ART) Covid-19 di seluruh Singapura bermula hari ini.

Mesin layan diri tersebut ditempatkan di 56 lokasi seluruh negara itu dan boleh mula digunakan oleh orang ramai sebagai langkah membendung penularan virus membunuh tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH) Republik itu.

Individu yang diberitahu mengenai status Amaran Risiko Kesihatan (HRW) atau Pemberitahuan Risiko Kesihatan (HRA) oleh MOH melalui teks pesanan ringkas SMS akan menerima arahan mengenai rejim ujian kerap yang mesti mereka ikuti.

Bermula hari ini, individu yang menerima pemberitahuan SMS HRA harus melakukan ujian ART yang dikendalikan sendiri pada hari pertama, ketiga dan kelima dari hari pendedahan terakhir mereka dengan kes Covid-19.

Mereka juga perlu memantau kesihatan mereka sehingga hari ke sepuluh pendedahan.

Tambah MOH, mulai esok, Pemulihan di Rumah akan menjadi pilihan pengurusan penjagaan pertama bagi individu memenuhi beberapa syarat termasuk sudah divaksinasi sepenuhnya, berusia antara 12-69 tahun dan tiada penyakit teruk lain.

Syarat lain termasuk mempunyai kemudahan mengasingkan diri dalam bilik, jika boleh, lengkap dengan tandas dan tiada anggota serumah lain berusia lebih 80 tahun atau mereka yang berisiko, misalnya wanita hamil.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok