10 peratus vaksin AS akan dihantar ke luar negara, kata Biden

May 5, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi 10 peratus bekalan vaksin Covid-19 dengan seluruh dunia, kata Presiden Joe Biden, lapor agensi.

Biden berkata dalam tempoh dua bulan, Amerika akan mengirim hampir 60 juta dos vaksin AstraZeneca ke negara luar bermula bulan ini sehingga Jun nanti.

“Kami komited… untuk mengirim 60 juta dos vaksin AstraZeneca ke negara lain mulai bulan ini dan berakhir pada Jun.

“Bermakna sekitar 10 peratus vaksin yang akan kita hasilkan untuk AS pada masa itu akan diedarkan kepada seluruh dunia,” kata Biden.

Beliau menyifatkannya sebagai “komitmen kemanusiaan yang penting” sebagai tambahan kepada bantuan AS terhadap COVAX, mekanisme antarabangsa untuk pembelian vaksin oleh negara-negara yang kurang mampu.

Rumah Putih mengakui buat masa ini tidak memiliki vaksin Astra Zeneca, tetapi berharap dapat menerima 60 juta dos tidak lama lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok