Kenapa sekarang Hamid bersuara, kenapa tidak semasa masih pegang jawatan?

May 1, 2021 · Berita

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya sebelum bersara semalam mengejutkan ramai orang, kritikan terbuka dan kecaman terbuka terhadap Menteri Dalam Negeri adalah sesuatu luar jangkaan.

Beliau tidak dipecat mahu pun dipaksa bersara awal, malah kerajaan memberinya ruang untuk menamatkan khidmat kontrak dua tahunnya yang sudah berakhir tanpa sebarang tekanan.

Jadi, apabila beliau mengkritik Datuk Seri Hamzah Zainuddin secara terbuka, Hamid tidak menunjukkan profesionalisme selaku seorang Ketua Polis apabila semua perkara dibangkitkan seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini penuh dengan pemimpin yang korup dan tidak beretika.

Hamid mungkin terlalu mengikutkan perasaan apabila kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada mulutnya semalam.

Malah, Hamid hanya memperlihatkan sisi buruk peribadinya sendiri, bahkan kepimpinannya selaku Ketua Polis sepanjang tempoh dua tahun ini juga sebenarnya boleh dipertikaikan.

Semua orang tahun Hamid umpama ‘anak emas’ Tun Dr Mahathir Mohamad, malah ia bukan rahsia lagi lantikan beliau sebagai Ketua Polis pada 2019 lalu didorong oleh sokongan bekas Perdana Menteri tersebut sehingga lah berlaku pertukaran kerajaan selepas itu.

Sekiranya semua keburukan yang terpalit dengan kerajaan PN seperti didakwanya berlaku, ia secara tidak langsung juga menunjukkan kelemahan pada Hamid, bukan kah beliau adalah Ketua kepada pasukan keselamatan negara selama dua tahun.

Hamid sepatutnya memainkan peranan dalam menasihati pihak kerajaan, paling tidak pun sekurang-kurangnya beliau boleh berhubung dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ada rasa tidak puas hati terhadap sebarang tindakan yang diambil kerajaan.

Bukan kah Hamid juga sebelum ini pernah berkhidmat dibawah Muhyiddin ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, jadi akses untuk berkomunikasi terus dengan pemimpin nombor satu negara itu tidak menjadi satu halangan. Tetapi adakah Hamid ada mengambil inisiatif tersebut atau sekadar pandai cakap sahaja?

Makin kuat kritikan Hamid terhadap kerajaan atau pun menteri yang tidak disukainya, ia sebenarnya memperlihatkan juga kegagalan Hamid sepanjang menyandang tugas selama dua tahun sebagai pemimpin nombor satu di Bukit Aman.

Sebagai seorang penjawat awam, Hamid jangan lah bersikap seperti Ketua Pembangkang atau pun membuat tuduhan seperti seorang ahli politik, jika mahu dilihat sebagai ‘hero’ sekali pun tidak lah perlu terlalu melampaui batasnya.

Jika benar kerajaan PN tidak memberi Hamid ruang yang secukupnya atau pun menyekat tugas beliau, sudah pasti beliau sudah digantikan lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya berakhir.

Hamid bukan dipecat atau pun dipaksa berundur, kontrak beliau selama dua tahun sebenarnya sudah berakhir, jadi persoalannya sekarang adakah Hamid sebenarnya mahu kerajaan menyambung jawatannya?

Dalam keributan yang dicetuskan sendiri Hamid, satu lagi persoalan timbul adakah Hamid sebenarnya tidak berpuas hati apabila gagal menyusun pegawai-pegawai yang cenderung menyokong beliau dalam pasukan polis selepas ini?

Tugas Hamid adalah menjaga ketenteraman awam dan paling utama adalah menjaga keselamatan rakyat, bagaimanapun kenyataan beliau semalam tidak mencerminkan keperibadian atau pun sisi seorang yang mempunyai kepimpinan yang tinggi.

Selamat bersara Tan Sri, jasa dan khidmat bakti tuan akan dikenang. Dengar-dengar, borang keahlian Pejuang parti Tun Dr Mahathir sudah diisi, betul kah?

Berita berkaitan
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023· Politik
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Kekal sokong Muhyiddin walaupun dua MP Bersatu sokong PMX: Hamzah
November 2, 2023· Politik
Hamzah gesa SPRM henti ‘bertindak dengan cara politik partisan’
August 11, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Berita terkini
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024 · Berita
Belanja jenama semula Keluarga Malaysia RM62 juta, Malaysia Madani RM489,000
February 15, 2023 · Berita
Agong sokong gesaan PM supaya OIC bersidang bincang isu Palestin
May 16, 2021 · Berita
Kenaikkan harga minyak sawit lonjak keuntungan luar biasa
May 8, 2021 · Berita
Sekatan jalan raya di Selangor akan diperketatkan
May 5, 2021 · Berita
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok