
- 15 Julai 2012
Ini yang lawak kaki [email protected] berita tulis tentang spin…
Jika kita berada di dalam dewan Hotel Regency Kuala Lumpur pagi Sabtu dalam mengikuti forum bertajuk Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat, kita akan dapati ia merupakan forum biasa yang topiknya dibahaskan oleh dua ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing.Ada Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan dan seorang lagi Ulama muda Ustaz Fathul Bari Mat Yahaya.

- 26 Jun 2012
Hello Anwar... Sumpah dulu kalau hendak berdebat...
Membaca cabaran debat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan saya jadi geram dan sekaligus kelakar. Geram dengan kerenah Anwar yang tidak habis-habis nak tunjuk kepada orang satu-satunya kemahiran beliau iaitu bercakap.
Dan kelakar apabila mengenangkan sampai ke tahap meroyan rupanya Anwar nak berdebat dengan Najib, tidak sudah-sudah dan asyik ulang perkara itu saja.
Saya ada dua teori, kenapa Anwar meroyan hendak berdebat dengan Najib.

- 03 Mei 2012
Hari kebebasan media: Nota wartawan kepada kawan-kawan...
Selamat hari kebebasan akhbar. Ada yang memilih untuk mengenang hari yang dirayakan wartawan seluruh dunia ini dengan menyalahkan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Dalam perhimpunan tersebut, ada petugas media yang mendakwa mereka menjadi mangsa kekasaran polis ketika menjalankan tugas.

- 12 Jun 2012
Antara berita 'tergempak' dan berita 'gempak'...janji 'tembak' dulu
Dalam dunia kewartawanan politik Malaysia akhir-akhir ini, wujud dua jenis berita utama yakni berita tergempak dan berita gempak.Maksudnya jauh beza langit dengan bumi.Contoh berita tergempak ini macam hari geng Datuk T tayang video seks pemimpin pembangkang kepada wartawan.Semua terkejut dan

- 29 April 2012
Bersih 3.0: Ini cerita pengalaman saya...
Selain tiga kali muntah sebab terhidu gas pemedih mata, pengalaman peribadi saya membuat liputan di perhimpunan Bersih 3.0 ini amat menghiburkan.Menghiburkan kerana berpeluang melihat gelagat-gelagat manusia yang gila kuasa sehingga sanggup memperbodohkan penyokong sendiri, dan gelagat penyokong yang bodoh mengikut saja apa kata pemimpin.