17Januari2021

Agenda Daily

khairyxxcxx

MH370: Jangan keruhkan keadaan - KJ

Rakyat China diminta menilai hasil hubungan diplomatik Malaysia dan negara itu yang terjalin sejak 40 tahun lalu dan tidak mengeruhkannya semata-mata kerana spekulasi yang tidak berasas berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh
mh-paperlagi

MH370: Kritikan terhadap Malaysia tidak adil, kata Singapura

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar K.Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat MH370 adalah tidak adil.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh
mas-bomoh4xx

Jamil Khir jawab di Dewan Rakyat dakwaan kerajaan guna bomoh cari MH370

Memang tidak masuk akal...namun cara pihak tertentu termasuk pembangkang putar kisah ini macamlah kerajaan tidak ada otak.Ini berkait dengan dakwaan konon kerajaan guna khidmat bomoh untuk cari MH370.

Malah dalam kempen pilihanraya kecil dewan undangan negeri Kajang baru-baru ini ia dijadikan modal

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh
mh-krewkapalchina5131

MH370: Objek dikutip tiada kaitan dan orang baru selaras operasi SAR

Hari ke 23. Hampa lagi. Ada tujuh hari lagi bateri kotak hitam pesawat mampu bertahan. Kotak hitam yang cukup penting untuk menjawab segala misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 seperti situasi pesawat semasa kejadian, hala tuju dan kelajuan pesawat berkenaan.

Pada Sabtu, di Lautan Hindi, objek yang dikutip kapal milik China Haixun 01 dan Australia, HMAS Success tiada mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, operasi mencari pesawat MH370 yang membabitkan kawasan seluas 252,000 kilometer persegi untuk Sabtu sudah tamat.

Beberapa pesawat yang terbabit dalam operasi itu, Ilyushin IL-76 milik China mengesan tiga objek di kawasan itu manakala P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) turut melaporkan mengesan beberapa objek terapung di bahagian lain dalam kawasan pencarian.

Bagaimanapun, semua objek itu tidak dapat disahkan milik MH370 sehingga dikutip atau dijumpai kapal.

Dalam operasi pada hari Sabtu, lapan pesawat terbabit dalam usaha pencarian termasuk tiga pesawat P3 Orion milik RAAF, pesawat P3 Orion dan pesawat pengawal pantai milik Jepun, P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 dan sebuah pesawat awam.

Kapal yang terbabit adalah HMAS Success, kapal China Haixun 01 dan Nan Hai Jiu dan kapal tentera China Jinggang Shan yang tiba di kawasan berkenaan hari ini manakala lima lagi kapal akan tiba di lokasi itu esok.

HMAS Toowomba pula berlepas dari Perth malam tadi dan dijangka sampai di lokasi selepas tiga hari.

mh-angushoustoncrop-420x0

Sementara itu, bekas ketua pertahanan Australia, Angus Houston (gambar) dilaporkan akan mengambil alih penyelarasan usaha carian antarabangsa untuk pesawat MH370 yang hilang, menurut satu laporan, Ahad.

Ketua marshal udara bersara itu akan mengetuai pusat penyelarasan agensi bersama yang baharu, yang akan ditubuhkan di Perth bagi menyelaras carian pesawat Boeing 777, lapor Australian Broadcasting Corporation.

Daily Telegraph Sydney berkata Houston bukan sahaja akan mengetuai carian tetapi juga menyelaras hubungan diplomatik dengan rakan kongsi carian di Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Beliau juga akan memastikan agensi bersama itu menyediakan satu lokasi di mana keluarga kepada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu boleh mendapatkan maklumat, kata akhbar itu.

Turut dilaporkan, perkhidmatan yang akan diberikan kepada keluarga yang kebanyakan daripada mereka adalah dari China, termasuklah maklumat terkini dan bantuan perjalanan seperti perkhidmatan visa, nasihat penginapan, perkhidmatan jurubahasa dan kaunseling.

Laporan bagaimanapun tidak menyebut bila Houston yang merupakan ketua Pasukan Pertahanan Australia dari 2005-2011 dijangka mengambil alih tugas itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Sabtu berkata mengikut protokol antarabangsa, Malaysia akan terus bertanggungjawab bagi operasi mencari tetapi Australia bersedia membantu apa yang sepatutnya.

Pejabat Abbott tidak dapat segera dihubungi untuk mengulas mengenai laporan pelantikan Houston.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia yang setakat ini menyelaraskan usaha carian yang berpangkalan di Perth, enggan mengulas.-30/3/2014


MH370: Pesawat China nampak objek putih, merah dan oren...

Pesawat China Sabtu mengesan tiga objek mencurigakan terapung di Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pesawat tentera China Ilyushin IL-76 mengesan tiga objek terapung berwarna putih, merah dan oren, dari ketinggian 300 meter.

Kapal China telah diarahkan ke kawasan tersebut.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat dari pelbagai negara yang ditugaskan dalam operasi mencari itu menemui beberapa objek terapung di atas air semalam selepas fokus pencarian ditukar ke kawasan baharu berikutan data terkini yang menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju dari yang dijangkakan sebelum hilang pada 8 Mac.

Pihak berkuasa berkata, semua objek tidak dapat disahkan datang daripada MH370 sehingga ia diambil secara fizikal dan kapal dari China dan Australia ditugaskan untuk berbuat demikian.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata, kapal China Haixun 01 sedang berusaha untuk mengenal pasti objek itu.

Ia disertai oleh kapal tentera Jinggangshan, yang membawa dua helikopter, kata Xin Hua, agensi berita rasmi China.

Amsa menjangka enam kapal akan berada di kawasan itu sehingga penghujung hari ini, termasuk kapal tentera Australia HMAS Success dan lima kapal China yang sedang mencari di kawasan laut sebesar Norway.

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh WARTAWAN AGENDADAILY
bung-mokhtar1-300x290

Bung Mokhtar ajak MP pembangkang banyak cakap isu MH370 sertai misi mencari

Datuk Bung Mokhtar Radin yang angin dengan sikap ahli-ahli pembangkang yang setiap hari buat bising di Dewan Rakyat dengan macam-macam teori berhubung insiden MH370,Khamis mengajak mereka menyertai misi mencari pesawat itu.

Antara yang dipelawanya

Baca Selanjutnya...

  • Ditulis oleh NUR FAZREEN KAMAL
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 420  tetamu dalam talian