26Februari2021

Agenda Daily

TSAM Army rancang bina kampus sendiri di Ketereh

Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army) akan mempunyai kampus sendiri yang lengkap dengan fasiliti bagi membangunkan bola sepak Kelantan.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya kini dalam proses mencari tapak di kawasan Ketereh sebelum pembinaan dimulakan dan usaha itu bakal dilaksanakan Syarikat Al Hamra Group  bersama Red One Sdn Bhd.

"Kampus ini dijangka akan dibina di Parlimen Ketereh selepas proses pembelian tapak dilakukan. Ia akan dilengkapi prasarana sukan yang lebih sempurna dan dijadikan pusat latihan sukan bola sepak remaja selepas tamat latihan di peringkat sekolah," katanya.

Pembinaan kampus itu adalah bagi memastikan pengurusan sukan bola sepak di negeri ini lebih sistematik dalam menghasilkan bakat-bakat baharu, katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran TSAM Army.

Seramai 500 pelajar telah dipilih menyertai TSAM Army dalam sesi pemilihan baru-baru ini dan kini menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal dan SMK Kadok di Kelantan.

"Permulaan, kita mengambil pelajar ini dahulu dan ramai lagi yang masih menunggu untuk menyertai akademi.

"Jika pelatih yang ada ini mempunyai masalah disiplin, kita akan mengambil pelatih dalam kalangan senarai menunggu," katanya.

Sebelum ini, Annuar berkata pelatih TSAM ARMY akan dilatih menggunakan pendekatan kurikulum gabungan daripada akademi sukan di Jepun dan Croatia.

Beliau berkata pihaknya juga akan mewujudkan satu pasukan jurulatih dari negeri ini menggunakan khidmat dan kepakaran dari negara tersebut bagi melatih kelompok perintis berkenaan.-19/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 492  tetamu dalam talian