21September2019

TMJ masih berperanan penting dalam bolasepak negara

Walaupun sudah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih lagi memainkan peranan penting dalam memajukan bola sepak negara melalui jawatan baharunya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL), nama baharu  FMLLP yang kini melalui proses penjenamaan semula, sejurus selepas meletak jawatan sebagai Presiden????? FAM hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Tunku Ismail masih menyumbang tenaga dan kepakarannya melalui kerja-kerja tajaan dan usaha meningkatkan profesionalisme Liga Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab MFL.

"Bagi saya, keputusan meletak jawatan ini kita boleh terima...saya menerima maklum perkara ini terlebih dahulu, dan dalam perbincangan antara saya dan Tunku sebelum meletak jawatan adalah untuk Tunku Ismail kekal dalam kepimpinan bola sepak negara.

"...hari ini (Ahad) Tunku Ismail memilih untuk melepaskan jawatan Presiden FAM yang disandangnya sejak setahun lepas dan menjadi Pengerusi MFL," katanya memetik laporan Bernama.

Tunku Ismail yang memegang jawatan Presiden FAM selama setahun, mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta merta, kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurut Tunku Ismail, baginda sudah membawa struktur dan sistem baharu dalam badan induk bola sepak negara itu, antaranya mengadakan mesyuarat bersama exco secara berkala di setiap negeri.

"(dan) kalau kita tengok, saya juga dapat membawa banyak penaja dan pertama kali dalam sejarah setiap pasukan yang bersaing terima geran RM3 juta (bagi Liga Super) dan RM1 juta (Liga Premier). InsyaAllah, ia (geran berkenaan) akan meningkat.

"Kalau dilihat dari segi struktur, hubungan dengan penyokong, lebih baik berbanding sebelum ini dan kita boleh tengok pasukan kebangsaan bawah 23, bawah 19 dan bawah 16 tahun menunjukkan prestasi cemerlang sehingga layak ke Piala Konfederasi Asia (AFC) buat kali pertama," katanya.

TMJ berkata baginda selalu dinilai menerusi prestasi pasukan kebangsaan, namun tidak menyalahkan penyokong kerana banyak pihak melihat dirinya sebagai seorang pesaing.

"Ramai melihat saya bukan sebagai Presiden FAM, (tetapi) sebagai pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Pasukan terhebat dalam negara ini dan ramai melihat saya sebagai pesaing, jadi ramai yang nilai adalah mereka yang kurang arif, kurang bijak," katanya.-26/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 229  tetamu dalam talian