16Jun2019

Rosmah saksi perlawanan akhir badminton Celcom Axiata

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan perlawanan akhir badminton Celcom Axiata Malaysia International Challenge 2018 di Stadium Juara Kuala Lumpur pada Ahad.

Rosmah, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyampaikan pingat serta replika cek kepada pemenang bagi setiap kategori.

Bagi kategori beregu wanita, gandingan Malaysia, Soong Fie Cho dan Tee Jing Yi menewaskan rakan senegara Chiew Sien Lim dan Sueh Jeou Tan 21-13, 21-10, manakala beregu campuran negara, Tan Jie Chen dan Yen Wei Peck menundukkan pasangan Indonesia Andika Ramadiansyah dan Mychelle Crhystine Bandaso 12-21, 23-21,21-13.

Kategori perseorangan lelaki dan wanita pula menyaksikan Malaysia kempunan muncul juara setelah pemain perseorangan lelaki negara, Tan Jia Wei tunduk kepada pemain Taiwan Hsueh Hsuan Yi 21-18, 21-19 manakala Ying Ying Lee tewas di tangan pemain China Zhiyi Wang 21-10, 22-24, 21-14.

Dalam pada itu, nasib sama menimpa beregu lelaki negara Aaron Chia dan Wooi Yik Soh yang tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan 21-17, 17-21,21-19.

Selain Malaysia, kejohanan yang berlangsung dari 17 April itu disertai beberapa negara kuasa badminton dunia antaranya Taiwan, China, India, Jepun dan Thailand.-23/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 493  tetamu dalam talian