21September2019

RM10,000 untuk atlet menang pingat Sukan Komanwel

Insentif sebanyak RM10,000 menanti atlet olahraga kebangsaan yang berjaya memenangi pingat sebarang warna pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April ini.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata ia bagi menghargai pengorbanan dan semangat kesukanan ditampilkan mereka.

"Atlet sudah banyak berkorban dan berlatih bersungguh-sungguh sejak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Sudah sampai masa untuk KOM memberikan insentif.

"Ini kerana Sukan Komanwel bertaraf lebih tinggi berbanding Sukan SEA, jadi kita memutuskan untuk memberikan RM10,000 bagi mana-mana pingat yang dimenangi," kata Karim memetik laporan BH.

Kali terakhir skuad olahraga menghadiahkan pingat adalah 16 tahun lalu menerusi Yuan Yufang yang memenangi pingat gangsa pada temasya Manchester 2002 dalam acara 20 kilometer jalan kaki wanita.

Sementara itu Karim memaklumkan KOM membuat keputusan untuk mengekalkan Zainal Abas selaku ketua jurulatih olahraga kebangsaan dan melantik Mohd Mansahar Abdul Jalil sebagai pembantu.

"Selepas mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis kita mengambil keputusan mengekalkan Zainal dan Mansahar sebagai penolong. Kita akan teruskan dengan dua individu yang ada dalam olahraga serta membantu persiapan temasya seperti Sukan SEA, Asia dan Komanwel," kata Karim.

Seramai 13 atlet olahraga diberi kepercayaan menggalas cabaran negara di Komanwel kali ini.-20/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 212  tetamu dalam talian