21September2019

Rasmi...TMJ lepas jawatan Presiden FAM

Kini sudah tiada spekulasi lagi…sudah muktamad Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ada usaha untuk memujuk baginda supaya terus memegang jawatan itu.

TMJ membuat pengumuman itu kepada wartawan selepas Kongres Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) 2018 di Iskandar Puteri Ahad.

Pada majlis yang sama, baginda dipilih secara rasmi sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL), nama baharu FMLLP yang kini melalui proses penjenamaan semula.

TMJ yang memegang jawatan Presiden FAM selama setahun, mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta merta, kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, TMJ berkata selepas setahun memimpin FAM, baginda sudah membawa struktur dan sistem baharu dalam badan induk bola sepak negara itu, antaranya mengadakan mesyuarat bersama exco secara berkala di setiap negeri.

"(dan) kalau kita tengok, saya juga dapat membawa banyak penaja dan pertama kali dalam sejarah setiap pasukan yang bersaing terima geran RM3 juta (bagi Liga Super) dan RM1 juta (Liga Premier). InsyaAllah, ia (geran berkenaan) akan meningkat.

"Kalau dilihat dari segi struktur, hubungan dengan penyokong, lebih baik berbanding sebelum ini dan kita boleh tengok pasukan kebangsaan bawah 23, bawah 19 dan bawah 16 tahun menunjukkan prestasi cemerlang sehingga layak ke Piala Konfederasi Asia (AFC) buat kali pertama," katanya.

TMJ berkata baginda selalu dinilai menerusi prestasi pasukan kebangsaan, namun tidak menyalahkan penyokong kerana banyak pihak melihat dirinya sebagai seorang pesaing.

"Ramai melihat saya bukan sebagai Presiden FAM, (tetapi) sebagai pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Pasukan terhebat dalam negara ini dan ramai melihat saya sebagai pesaing, jadi ramai yang nilai adalah mereka yang kurang arif, kurang bijak," katanya.

Justeru, TMJ berkata baginda tidak mahu membuang masa berkhidmat kepada segelintir pihak yang disifatkan sebagai 'kurang pandai'.

TMJ seterusnya berkata baginda pernah memaklumkan kepada Hamidin untuk memimpin FAM selama setahun.

Bagaimanapun, Hamidin kemudian memohon kepadanya untuk mempertimbangkan keputusan berkenaan dan menerajui badan induk bola sepak negara itu selama tempoh satu penggal berbanding setahun.- 25/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 174  tetamu dalam talian