23Mac2019

Prestasi turun naik Nicol David membimbangkan

Skuad skuasy wanita negara memerlukan sesuatu yang luar biasa dalam misi mempertahankan satu emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast, 4-15 April depan.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, perkara itu perlu ekoran prestasi tidak menentu Datuk Nicol David dan kehilangan khidmat tonggak, Low Wee Wern.

Terbaru, Nicol disingkirkan seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat.

Pemerhati sukan negara pasti resah jika turut mengambil kira penyingkirannya dalam suku akhir di dua kejohanan pertama musim ini, bulan lalu.

"Nicol sedang melalui tempoh yang sukar tetapi kami masih lagi meletakkan harapan kepadanya kerana dia mampu mempamerkan persembahan cemerlang dalam kejohanan yang besar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wee Wern pula yang dalam misi mencipta kebangkitan semula, gagal mendapat lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk ke Gold Coast.

Difahamkan Wee Wern tidak menepati beberapa kriteria dalam pemulihan kecederaan lutut serius ketika kelangsungan kerjayanya untuk tempoh jangka panjang menjadi keutamaan.

Tempat Wee Wern akan digantikan pemain meningkat naik negara, Aifa Azman.

"Saya agak kecewa kerana Wee Wern tidak disenaraikan. Tetapi kami cuba melihat kepada sudut positif mengenai perkara ini kerana mahu memastikan atlet itu pulih sepenuhnya," tambah Maniam.-26/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 680  tetamu dalam talian