26Ogos2019

Pandelela gagal tambah koleksi pingat

Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg gagal menambah koleksi pingat peribadinya pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir dalam acara 10 platform wanita final, pada Sabtu.

Penerjun berusia 25 tahun itu hanya sekadar mengutip 318.65 mata menerusi lima terjunan untuk menduduki tempat keenam dan terakhir pada saingan akhir itu yang berlangsung di Kazan Aquatics Palace, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

Atlet berasal dari Sarawak itu memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform berirama wanita, bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Jumaat.

China meneruskan penguasaan pada kejohanan itu apabila menduduki tempat teratas dalam acara berkenaan menerusi pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Ren Qian, yang mengumpul 389.10 mata.

Sementara pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik penerjun Korea Utara Kim Mi-rae (362.35 mata) dan Melissa Wu (351.80 mata) dari Australia.

Dalam pada itu, Jun Hoong gagal meloloskan diri ke final acara berkenaan apabila menduduki tempat kelima daripada enam penerjun di peringkat separuh akhir A, selepas mengutip 296.10 mata.-7/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 299  tetamu dalam talian