21September2019

KAFA lega denda dikurangkan...

Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018, membantu mengurangkan tekanan kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan yang dibuat Malaysia Football League (MFL) itu penting untuk persatuan berkenaan melakukan perancangan sepanjang musim ini dalam keadaan kekangan kewangan.

"Ia sangat membantu kami kerana terlalu banyak dana diperlukan bagi membayar hutang sedi ada dan untuk menguruskan persatuan, bantuan-bantuan yang kita terima tidak banyak," katanya kepada Bernama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam hari ini dilaporkan berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari, selepas pemakluman hukuman dibuat.

Bagi denda melibatkan pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.

Bibi Ramjani berkata pihaknya berterima kasih kepada MFL yang mengurangkan hukuman tersebut dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memperkasa aspek pengurusan untuk mengelak kesilapan pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata jasa dan pengorbanan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembangunan bola sepak negara ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya dihargai dan masih diperlukan.

"Walaupun tidak lama menjadi pemimpin FAM, Tunku Ismail banyak melakukan perubahan kepada pembangunan bola sepak tanah air sama ada dalam aspek pengurusan persatuan dan sebagainya.

"Secara peribadi, walaupun saya baru terlibat dengan pengurusan sukan ini, saya amat berterima kasih kepada Tunku Ismail berikutan memberikan sedikit sebanyak idea bagi memperkasa pengurusan KAFA," katanya.

Semalam, Tunku Ismail mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM.-27/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 212  tetamu dalam talian