18Mac2019

72 murid sertai Program Pembangunan Badminton KPM

Seramai 72 murid berusia sembilan hingga 11 tahun dari seluruh Kulim dan Bandar Baharu menyertai Program Pembangunan Badminton KPM.

Program dengan jalinan kerjasama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu diadakan di Dewan MPKK, Taman Mahsuri, Padang Serai, baru-baru ini.

Jurulatih Program Pembangunan Daerah Kulim Bandar Baharu, Mohd Zaidi Mohamad Saleh berkata, program pencarian bakat tersebut adalah salah satu usaha mencungkil bakat pelapis badminton bagi mewakili negara pada masa hadapan seperti Datuk Lee Chong Wei.

Menurutnya, program tersebut dilancarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 26 Februari lalu di Alor Setar.

“Sebanyak 70 sekolah rendah diangkat menjadi Pusat Pembangunan Badminton di seluruh negara yang melibatkan 140 jurulatih terdiri daripada guru-guru terpilih.

“Pelatih yang terpilih akan mengikuti klinik yang dijalankan dua sesi seminggu bermula April ini,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, menerusi program ini, Perodua bakal memberi penajaan antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta setahun untuk tempoh lima tahun.

Menurutnya, semua peserta perlu melalui beberapa sesi ujian sebelum ditapis untuk menyertai program pembangunan bakat tersebut.-24/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 775  tetamu dalam talian