15Ogos2020

Agenda Daily

Taktik Anwar ‘sucikan diri’

alt

Kalau gini caranya penerbit rancangan Maharaja Lawak di Astro boleh timbang undang Pak Sheikh Anwar Ibrahim sebagai pelawak jemputan untuk selingan macam Usop Wilca tempoh hari.

Ada benda lawak.Ada benda tak boleh lawak.Tapi ini pandangan serius seorang Kawan yang telefon cerita dia pi tengok ceramah Anwar di Bandar Baru Ampang Jumaat malam lalu.

Kawan sendiri ada baca mengenainya di beberapa laman blog depa. Memang terror dia ‘menghiburkan’ hadirin.

Rasanya Zizan dan Johan yang kini leading dalam undian rancangan itu kena mantapkan lagi persembahan kalau Anwar masuk.

Ini kerana hal amat serius Pak Sheikh mampu jadikan bahan lawak jenaka.

Bukan senang beb.Muka tengah bersepai dalam video seks.Calang-calang orang kena baling selipar Jepun,kata kawan yang mengaku dia turut tersengeh tengok gelagat Anwar.

Kawan kita tu bekas orang PKR yang dah belah dari parti itu lama dulu.Jadi Kawan dapat terima penilaian dia sebab tahu dia memang kenal stail Anwar bila dok mengelabah.

Kalau tengok jadual Anwar sekarang penuh dengan jadual ceramah.Lepas di Ampang ke Kelantan pula dan Ahad ke Johor.Kemudianya ke negeri-negeri lain.

Syoknya masa di Kota Bharu dia ada blast mesej menerusi twitter bagitau tengah makan ikan dengan Tok Guru Nik Aziz.

Kata Kawan tu dia tak heran dengan tweet yang bunyinya gitu.

Pointnya dalam tweet tu nak tunjuk Nik Aziz dah ‘sucikan’ dirinya ditengah kemelut hangat isu video seks sekarang.

Dulu Exco Selangor Elizabeth Wong yang kena isu gambar bogel pun turun jumpa Nik Aziz supaya orang PAS tak pandang serong padanya.

Lepas tu dia bagi ceramah di Kelantan pakai baju kurung dan kain kelumbung.

Senangnya hidup lepas satu dunia tahu Elizabeth bersekedudukan dengan lelaki Islam ahli PKR yang cabut lari ke Indonesia...semuanya jadi suci.

Baguslah Tok Guru ada tangan keramat boleh tolong settle kes moral cara macam tu.

Kawan tadi kata Anwar memang bijak dalam bab ‘nak pusing’ persepsi orang terhadap apa jua isu moral yang dihadapinya.

Contohnya dia masuk gear masa berucap di Ampang dengan buat lawak kata la ni semua orang asyik perhati perut dan muka dia.

“Anwar tak ada kerja lain kecuali seks,” dia buat lawak lagi untuk meleraikan persepsi orang pada lelaki dalam video seks yang sebiji macam dia.

Cuma sayang sikit dia tak berani pula nak sentuh bab betapa intim dia dengan Datuk Eksay Abdullah apa lagi cerita masa depa berdua sepanjang dua tahun lampau di Thailand.

Juga macam mana tentang jam Omega dan SMS pada Eskay suruh jaga jam itu.

Kata kawan tu dia kesian tengok orang-orang yang tak tahu apa sangat dalam dewan tu melopong dengar lawak Anwar.

“Memang dia bijak buat lawak untuk coverline,”katanya.

Dia tak hairan lawak yang sama akan jadi bahan pecah perut dalam siri ceramahnya di tempat-tempat lain untuk pintas isu video seks.

Kawan tu setuju dengan pandangan bahawa la ni Anwar orang yang sudah nothing to lose apa lagi tengah berdepan kes mahkamah liwat Saiful yang DNA disahkan dia Lelaki Y.

Tak kira seorang ke ...dua orang ke..seribu orang ke percaya cakap dia...itu dah kira bonus besar.

Kawan tu juga tak hairan dalam keadaan yang tersepit sekarang Anwar akan buat ‘macam-macam lawak’.

Ikut cakap dia dalam keadaan sekarang Anwar dan geng-geng dalam PKR yang dok bergayut nasib politik padanya memang dok harap rakyat bangkit macam reformasi tahun 1998 dulu untuk membela dia di jalanan.

“Tengok sudah masa awal kes Saiful dulu dia lari ke Kedutaan Turki kerana dakwa ada ancaman keatas nyawa dia...bukankah tu lawak jenaka namanya... sampai hari ini dia segar bugar...pusing satu Malaysia...keluar negeri sekejap seminit...tak ada sapa pun usik.

“Ingat kes dakwaan racun arsenik masa dalam penjara dulu.Riuh bukan main...tapi habuk pun tak ada.Itu pun lawak jenaka juga.Sakit belakang?..itu pun lawak juga.

Bagaimana pula dengan desas desus Anwar mungkin lari luar negara?

“Sapa tau itu pun boleh jadi...mungkin kot bila tengok nanti makin tak ramai yang dah tak gelak pada lawak dia lagi,”jawab kawan tu.

Kawan: suka melawak

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 439  tetamu dalam talian