19November2019

Agenda Daily

Selamat datang ke ‘Negara Kebajikan’ PAS...syoknya

hadi-anwar513Ini cuma satu cadangan. Elok sangat jentera PAS turun padang pi buat survey apa orang dok kata pasal kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di penutup Muktamar PAS petang Ahad lalu.

Dari feedback yang Kawan dapat ramai juga ‘macam nak pengsan’ dengar  Presiden PAS tu kata video tak boleh jadi bukti dalam kes melibatkan zina sebab ia BESI tak ada mata dan telinga.

Kawan ni dah naik sakit telinga kena melayan kawan-kawan jauh dekat yang nak komen cara Tok Guru nak defend lebih-lebih Pak Sheikh Anwar dalam bab aksi video seks dengan China Doll.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini BESI, dia tiada mata dan telinga," kata Presiden PAS .

Kita semua faham Haji Hadi nak cakap dalam kontek syariat Islam yang hakiki.

ikon-sembang-ok1

"Lompat raya sakan penjenayah, penzina bahkan pelacur, sebab PAS sebagai parti yang mengaku perjuangkan Islam sudah buat keluar kenyataan begitu,"kata seorang kawan yang awal pagi dah kacau Kawan nak bercakap bab tu.

"Ini baru betul-betul 'Negara Kebajikan'. Kebajikan untuk penjenayah, penzina, perogol dan peliwat," katanya dengan nada sinis.

Steady Bro...jangan marah sangat. Apapun kawan petiklah dia anggap kenyataan Haji Hadi itu menunjukkan pemimpin PAS otak besi, sebab tak dapat fikir guna otak.

"Itulah kualiti pemimpin PAS yang ada sekarang, menyedihkan, keluar kenyataan macam tidak fikir dulu" katanya yang rasa mungkin kot Presiden PAS tu nak kowteam habis dengan puak Erdogan yang kini dah kuasai PAS.

Rasanya Pengarah FBI dan Scotland Yard pun boleh pening kepala kalau video sudah diistilahkan sebagai BESI yang tidak boleh jadi bahan bukti.

Itu kata seorang kawan lain yang peminat setia cerita-cerita CSI.

Katanya ini bukan zaman batu purbakala dulu tetapi zaman sains dan teknologi.

“Tengok saja CSI...bukti dan fakta kes boleh dapat dalam segala macam bentuk...inikan pula video yang nampak sah-sah orang tu bergerak hidup.

“Fikirlah macam mana nak sepanjang masa suruh empat orang mengendap atau ada  serentak nak jadi saksi sesuatu aksi khalwat atau zina.

“Apakah jam Omega tu ( yang Datuk Eskay dakwa Anwar tertinggal di lokasi ) nanti pun dikira BESI juga...apakah manusia hidup Datuk Eskay yang kata dia sendiri ada dalam video tu juga BESI,” kawan tu kata lagi.

Seorang lagi kawan ni kata dia setuju dengan apa yang dikata TPM Tan Sri Muhyiddin sebagai parti yang perjuang Islam PAS patut cari kebenaran dalam isu video seks ni.

Depalah yang patut ke depan paling awal tuntut nak korek habis-habisan untuk kepastian.

“Ada ke patut PAS nak main cuci pukul borong begitu saja kata video tu BESI. Ini bukan bab mamat gian tepi jalan. Ini orang yang depa dok junjung nak jadi Perdana Menteri.

“Aku sendiri naik termuntah tengok orang yang nak jadi PM dok main dengan pelacur China tu...hilang akal beb,” katanya.

Dalam ramai-ramai tu ada juga rakan media pun telefon membebel. Katanya dia pelik tengok kenyataan Haji Hadi pasal video besi tu semacam disembunyikan oleh media PAS sendiri. Mungkin depa sendiri malu kot.

"Tidak ada ulasan dari pemimpin PAS mengenai kaedah pembuktian menggunakan video, DNA, cap jari, yang semuanya tidak bernyawa dan tidak boleh bercakap," katanya hairan.

Katanya, media pro pembangkang pun tidak besar-besarkan kenyataan Haji Hadi tersebut, sedangkan implikasinya amat besar.

"Seluruh proses perundangan negara akan berubah selepas ini jika PAS memerintah," ujarnya.

Pening juga Jabatan Peguam Negara nak kena susun atur terma perundangan baru.

Macam mana pula dengan CCTV yang di pasang di sana sini. Apa kata seorang penjenayah tegar kebetulan ‘ tertangkap’ dok beraksi dalam CCTV. Mau empat saksi juga ke? Tentu penjenyah tu kata hip hip horray...kita undi PAS.

Sebab itu dia cadangkan, supaya wartawan tanya apakan pendirian PAS mengenai empat saksi ini diguna pakai untuk semua kes zina, liwat dan rogol di negara ini, atau hanya terpakai untuk kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja.

"PAS kata hendak ganti UMNO, jadi kalau dia bentuk kerajaan, apakah selepas ini, semua kes zina, liwat dan rogol mesti ada empat saksi, dan semua pembuktian melalui kaedah saintifik dan teknologi tidak boleh pakai?" tanya beliau.

Katanya, bukan apa, kalau betul itu pendirian PAS, lenganglah penjara selepas ini, mana hendak cari empat saksi yang adil dalam kes-kes maksiat begini?

"Zina, liwat dan rogol bukannya orang buat ‘ show’ di tepi pantai, atau tengah padang, untuk orang ramaii tengok.

Tanyalah siapapun, kes-kes begini, selalunya tiada saksi manusia, jadi kita guna saksi saintifik seperti DNA, atau teknologi seperti kehadiran cap jari di tempat kejadian."

Bahkan, orang yang dibela Haji Hadi...Anwar sendiri nampak macam berani tidak ulas apa, baik dalam tweet atau dalam blog.

Senyap sunyi. Mungkin kot dia sendiri tau orang akan gelak kalau dia enter frame.

Cuma ada yang SMS pada Kawan, suruh baca buku bertajuk "Hukum barat pun Islam" terbitan MEGC-IKD tahun 2006.

"Muka surat 30, buku yang diterbitkan oleh kumpulan pemikir Anwar ini kata bukti saintifik-teknologi boleh digunakan sebagai bahan bukti kes zina...saya rasa Anwar pun setuju, tapi yang pelik kenapa orang lain pulak lebih sudu dari kuah," katanya

Ada seorang kawan lain yang mengandaikan begini....Kalau kita duduk di tempat Anwar sendiri memang syok habis dengar ini semua.

Kita tak boleh salahkan Pak Sheikh. Katanya dalam keadaan nak tenggelam di mana ramai yang sudah tengok video itu di internet ...jeng...jeng...jeng  dah yakin atau dah rasa-rasa tu dia...tentulah BONUS besar kenyataan seperti yang dibuat oleh Haji Hadi tu.

"Daripada masuk campur, baik diam saja, sekurang-kurangnya ahli PAS yang lurus bendul percaya, maka bertambahlah penyokong dan tukang defend,"kata kawan itu.

Kawan: nak tempah cawat besi...


-7/6/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 365  tetamu dalam talian