19November2019

Agenda Daily

Please le Nurul cari idea lebih kreatif nak ‘buat gempak’

altMASA Nurul Izzah Anwar buat laporan polis pasal ugutan culik anak dia di balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur pagi Jumaat Kawan tengah baik dok pekena teh tarik dan roti canai di sebuah restoran mamak di Lembah Pantai.

Kebetulan pulak itu merupakan kawasan parlimen yang diwakili anak Sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bila kawan cerita pasal Nurul buat laporan polis tu pada seorang kawan yang sama-sama dok sarapan, dia gelak.Orang cakap serius itu pulak reaksinya.Dia ni bukan orang suratkhabar.

Bila tanya apa hal... dia sambil tergelak kata di zaman teknologi ini, modus operandi penculik pun sudah berubah.

"Lain macam betul stail depa la ni...siap sms ugut dulu kata nak culik...zaman dah berubah kot dulu-dulu orang culik dulu baru ugut,"katanya berjenaka sambil hirup teh tarik.

alt

Sebagai repoter, kawan pun call sana sini, minta kawan-kawan lain yang sempat pi sana bagi gambaran penuh apa sinopsis drama baru anggota keluarga Anwar ini.

Seronok juga nak tahu pasai baru Selasa lalu tengok drama drebar Anwar buat laporan polis kata syak kereta yang selalu dinaiki anggota keluarga bosnya itu kena sabotaj.

Bukan kawan tak mau pi cover.Dari segi nilai berita memang ada, tapi kawan rasa payah hendak tinggal teh tarik dan roti canai, kalau setakat SMS ugut nak culik.Lainlah kalau dah kena culik.

Kata seorang kawan repoter yang cover, ugutan tersebut berbunyi, "YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi.

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.”

Bagi masyarakat kita, culik ini jenayah kejam lah, apalagi melibatkan budak-budak, patutnya kita ramai-ramai simpati. Cuma yang peliknya, ini kali pertama barangkali penculik bagi 'amaran' dulu, kata hendak culik.

Tak kan kot Nurul tak boleh agak orang tu gempak kot. Logiknya, kalau penculik yang serius, dia tak kan main SMS bagitahu.

Dalam Malaysia ni ada berjuta handphone.Beribu yang nombornya pakai nama sapa tah.Jadi logiknya benda-benda macam ni sapa-sapa boleh buat.Mamat mana tepi jalan boleh hantar SMS.

Cumanya...dalam situasi politik hari ini, mungkin Nurul pun cukup sedar sudah tentulah UMNO dan Barisan Nasional akan disalahkan.

Komen-komen sindiran jelas kalau kita baca tweet bapak Nurul...Anwar .

Antara yang paling best, kata Anwar, "seluruh keluarganya kini diancam"

Hello Pak Sheikh siapa yang ancam?

Bukankah Pak Sheikh sendiri pernah gempak lari ke Kedutaan Turki masa mula kes Saiful dulu dakwa takut nyawa terancam.

Budak-budak PKR bolehlah main temberang dengan ‘ lakonan’ tu tapi kawan-kawan ni semua tak pernah lupa.

Ingat lagi ramai reporter yang kalut berkejar ke Kedutaan Turki dan berkampong dekat situ tunggu.

Ending cerita tu semua orang tau....gempak aje.

Kawan dapat tau dari geng-geng yang yang kenal stail Anwar depa kata  dia memang master dalam bablu pre-empt kepada penyokongnya sesuatu perkara sebelum ia berlaku.

Ingat dulu di Masjid Negara September 1998, ketika reformasi mengelegak, Anwar tak suruh penyokongnya pi buat kacau kat rumah Perdana Menteri di Seri Perdana.

Dia cuma kata "mungkin suara kita tidak di dengar di Seri Perdana," dia pre-empt saja, kemudian berlaraklah penyokongnya ke sana.

Bukan pulak, kawan bermaksud benda ancaman nak culik ini Nurul reka.Pada kawan, kalau sendiri reka memang politik keluarga Anwar dah sampai ke tahap yang paling rendah.

Yang kawan hendak tekankan adalah, benda macam ini sesiapa saja boleh buat, jadi hendak salahkan UMNO dan BN seperti kata Nurul bahawa "ancaman" tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya, agak keterlaluan.

Sapa tau kalau-kalau ada orang PKR sendiri yang dulu tak puashati dengan pemilihan yang kalut malut tu hantar pasal geram.

Kalau betul takut, Nurul patut buat report polis senyap-senyap  dan minta kawalan keselamatan lebih ketat dari polis untuk keluarganya. Dia ahli parlimen, layak untuk minta bila ada ancaman begini.

"Ini buat report publisiti namanya... habis wartawan hangpa panggil, nampak macam orang takut ke? ini lebih pada gempak dan tarik simpati saja," kata kawan tadi.

Bercakap bab ni Kawan terus teringat pada cerita bodoh pasal surat palsu yang dakwa Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor ,Datuk Mohamed Idris Abu Bakar minta Kementerian  Dalam Negeri luluskan kewarganegaraan warga asing supaya boleh jadi pengundi dalam PRU akan datang.

Semua kawan-kawan yang tengok surat itu geleng kepala.Pertama, sejak bila Ketua UMNO Bahagian hantar surat rasmi pada kementerian minta benda-benda mengarut macam tu.

Kalau betul pun nak konspirasi tak kan tak boleh slowtalk bisik-bisik aje.Ini tulis surat nak bagi satu dunia tau.Tak masuk akal  langsung.

Kedua, surat itu tiada cop "terima" seperti layaknya surat-surat dalam fail kerajaan bila kita hantar?

Ketiga, nama dan tanda tangan dalam surat itu pun salah.Nama penuhnya Mohamed Idris Abu Bakar, yang ditulis Mohamed Idris sahaja. Tandatangan pun salah, katanya dalam sidang akhbar  untuk menafikan perkara tu.

Mohamed Idris juga persoalkan, kenapa hendak guna pengundi warga asing sedangkan, dalam pilihanraya lepas, UMNO menang di DUN itu. Kalau ikut logik, baiklah buat di kawasan kalah.

Surat itu kali pertama di dedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin.Dengar budak-pudak PKR pun cakap dia memang selalu nak tunjuk jadi heroin.

Seronoknya Zuraidah dan seorang lagi pemimpin PKR Khalid Jaafar riuh pi buat laporan polis.

Kata orang buat kerja bodoh habis.

Kawan gelak bukan apa, habis orang-orang cerdik kena tipu dengan surat yang entah dapat dari mana asal usulnya. Sebagai ahli politik mereka patut ada akai le.

Kalau surat sampah pun hendak buat laporan polis...tak tahulah.Nampak sangat itulah level pemimpin PKR di waktu ini.

Nak salahkan depa pun tak boleh sangat.Semua tu tengah cari nama jadi kena tunjuk kalut nak korek selongkar apa saja pasal BN pasal nak tolong selamatkan bos yang tengah ‘nak terkencing’ kerana ‘sendiri bikin’ punya hal.

Depa lupa bos baaaikkk punya ‘seeeddaap’ ...depa yang dok jenuh kena cuci mangkok.

Kawan: ada bakat maharaja lawak...

14/5/2011


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 900  tetamu dalam talian