22November2019

Agenda Daily

Fahmi Zainol...hentam belakang, OK ke?

Nak kata tak ada otak dia pelajar tahun akhir di Universiti Malaya.Sudah tu,belajar dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hebat Presiden Persatuan Pelajar Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol punya gempak.

Bagai guruh berdentum dilangit dia cabar Universiti Malaya kalau berani buang dia kerana hak teruskan juga program '40 tahun dari UM ke penjara' yang menampilkan pujaan hatinya,Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di dalam kampus itu Isnin malam.

Larangan Universiti Malaya terhadap program dapat difahami dan diterima akal yang waras.Program ini tidak ada kaitan dengan soal akademik pelajar atau sewaktu dengannya sebaliknya motifnya cuma hendak buat bising mempertahankan orang yang didakwa meliwat.

Tak payah pergi jauh,orang yang faham undang-undang tahu sangat segala ucapan yang akan berlegar dalam program itu terang-terang nanti menghina mahkamah kerana mempertikaikan keputusan yang dibuat.

Namun jangan ditegur...puak-puak ini bijak-bijak belaka dan merasa diri mereka sajalah pejuang agama,bangsa dan negara.

Kata Fahmi dia juga sedia ke penjara kerana itu.

Dia bercakap tentang demokrasi.

Dia juga bercakap tentang perjuangannya untuk mewujudkan 'New Malaysia'.

"Saya sedia dibuang (UM) ke penjara atau apa saja demi untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik,"katanya.

Anwar tentu syok habis dengan budak-budak baru nak tumbuh gigi yang satu kapal dengan Adam Adli dan gengnnya ini.

Sebenarnya kalau orang macam Fahmi ini ada otak dia tentu tahu kes liwat Anwar balon belakang Saiful Bukhari Azlan bukan satu isu demokrasi.

Ini kes jenayah luar tabii atas dakwaan hentam belakang bekas pembantu peribadinya sendiri.

Ia bukan saja salah dari segi undang-undang malah samasekali dilarang agama Islam.

Ia juga tidak ada kaitan dengan perubahan yang Fahmi cuba nak memekak.

Apakah presiden persatuan pelajar UM ini merasa Hamba Allah macam Saiful boleh pergi jahanam dan tidak ada hak samarata macam Anwar untuk tuntut keadilan melalui proses mahkamah?

Undang-undang negara dan larangan agama pada jenayah liwat kekal begitu dan tidak akan berubah.

Mahkamah Rayuan sudah pun memutuskan Anwar bersalah dan mengenakan hukuman lima tahun penjara.

Kini terserah kepada Mahkamah Persekutuan pada Selasa dan Rabu ini untuk membuat penghakiman terakhir keatas kes itu.

Sebenarnya nak cakap panjang-panjang dengan budak-budak yang nak tunjuk jaguh tak bertempat ini buang masa saja.

Lebih baik tanya dia point blank apa agaknya dia rasa jika yang jadi mangsa diliwat itu adik atau saudara maranya sendiri.

Hukum akal dan petunjuk dari mana yang dia dapat untuk membuat kesimpulan pasti 100 peratus Anwar tidak melakukannya.

Mahkamah ada,bukti ada,keterangan ada,peguam bela dan peguam pendakwa ada...

Juga jangan lupa sudah menjadi lumrah alam siapa dalam dunia ini yang nak mengaku kalau buat kesalahan sekeji itu.

Pembangkang selalu mengunakan istilah 'sindrom penafian'.

Apakah jika silap langkah, Fahmi dan kawan-kawannya nak jadi Pak Pandir yang mempertahankan satu kemungkaran.

Senang cakap...elok juga Fahmi duduk tenang-tenang renung cermin dan tanya pada diri sendiri....hentam belakang tu...OK ke ? - 26/10/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 243  tetamu dalam talian