19November2019

Agenda Daily

Bos IMF,Dominique Strauss-Kahn kena minta petua dari Anwar

an-domEwah...Ewah cantik juga salah satu mesej twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tengah dok syok  terbang bebas ke sana kemari... yakni dari Yogyakarta Selasa.

Melangit dia puji ‘kebebasan’ di Indonesia.Baginya segalanya tip top habis di sana.

Bunyi twitternya : kagum dgn reformasi Indonesia-kebebasan kehakiman,media,politik.Cabaran:pertmbuhan, pembahagian ekonomi adil kepada rakyat;banteras korupsi.

Kawan faham maksud twitternya tu.Dia nak tunjuk bagaimana teruk harpaknya Malaysia.

Rasanya kita tak perlulah pergi jauh nak buat kajian ilmiah segala macam semata-mata nak ulas twitter Ketua Umum PKR tu yang terkini tengah dok gelabah dengan kes liwat dan video seks tu.

ikon-sembang-ok2

Mungkin elok juga budak-budak PKR sendiri boleh turun pi buat tinjauan pendapat dikalangan pendatang tanpa izin Indonesia beratus ribu yang dok cari makan di Malaysia ni depa setuju dak dengan komentar Bapak Anwar tu.

Kalau depa tak puashati dengan jawapan pendatang tanpa izin Indonesia bolehlah buat tinjauan pula kalangan Mat Bangla atau dari Myanmar,Vietnam,Filipina ataupun awek China Doll yang ramai mai cari makan di Malaysia.

Kata orang... kalau pun tengah berserabut kepala otak mengenangkan kes moral sendiri bikin...tak kanlah sampai gitu kot macam orang Malaysia ni bodoh sangat tak nampak mana best...mana tak.

Entahlah siapa tau kot Anwar dok mengigau nampak beratus ribu rakyat Malaysia  dok melepak jadi pendatang haram cari kerja di Yogya atau di Jakarta.

Kita semua pun tahu Anwar memang sentiasa tunjuk hebat menampilkan diri sebagai jaguh dan pemuja ‘kebebasan’ di seminar dan forum antarabangsa...apalagi kebebasan di Barat.

Cuma bila bercakap bab ni ada seorang kawan yang minta Kawan tolong check twitter Anwar ada dak dia komen pasal kes bos Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ,Dominique Strauss-Kahn yang kena cekup pasal pencuci bilik hotel di New York dakwa dia cuba nak cabul.

Cari punya cari…cari punya cari…tak dak pulak.

Ini hal dah jadi isu antarabangsa.Satu dunia dok cakap.Koman sangatlah kalau pemuja kebebasan sejagat tak komen langsung isu ni dalam twitter.

Lagipun Anwar memang ada hubungan sentimental dengan IMF.

Ingat dak masa krisis kewangan Asia tahun 1997 dulu.Anwar yang juga Menteri Kewangan waktu tu dilihat telah gagal mengangani krisis.

Ekonomi Malaysia nyaris lingkup kerana dia  mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh IMF.

Dia dikatakan ngam dengan bos IMF waktu tu Michael Camdessus.

Kawan tak fikir budak-budak PKR la ni ingat lagi bab tu semua.

Bukan saja Anwar malah bos-bos Pakatan Rakyat pun tak ‘ berminat’ nak sentuh bab tu dalam twitter depa.

Opps lupa…macam mana nak sentuh takut sebiji nanti kena muka Pak Sheikh depa bila orang buat perbandingan nanti.

Satu dunia tengok macam mana tanpa soal jawab dan hanya berasaskan dakwaan pencuci bilik tu saja Dominique Strauss-Kahn kena heret masuk penjara dan tak boleh jamin.

Polis Amerika tak bagi chan langsung.

Tak kurang menarik pencuci bilik tu bukan pun warganegara Amerika pun.Perempuan tu cuma pendatang yang ada permit kerja di Amerika.

Siapa tahu pencuci bilik tu buat fitnah tuduh Dominique Strauss-Kahn cuba cabul dia.

Kalau nak kira status Dominique Strauss-Kahn bukan saja bos IMF tapi lebih hebat dia juga disebut-sebut nak bertanding untuk rebut jawatan Presiden Peranchis.

Siapalah Anwar kalau nak dibanding dengan Dominique Strauss-Kahn.

Juga siapalah pencuci bilik hotel itu yang bukan pun warganegara Amerika kalau nak dibandingkan dengan Saiful Bukhari Azlan – yang bukan saja warganegara Malaysia tapi juga berstatus bekas pembantu peribadi Anwar.

Ingat dak sebaik saja timbul saja dakwaan Saiful…Anwar mencicit lari ke Kedutaan Turki kononnya takut keselamatan dia terancam.

Dominique Strauss-Kahn pula terus kena sumbat dalam penjara sempit untuk penjenayah kelas tegar dan tak sempat nak lari ke kedutaan mana pun.

Anwar kena tahan sekejap di penjara untuk soal siasat dan diambil keterangan.Tapi dia punya riuh lepas tu macam nak pecah dunia.

Terfikir juga apa salahnya puak-puak PKR bagilah sikit credit pada Amerika.Tweet pujilah keadilan di negara Uncle Sam tu kerana mengambil serius tuduhan yang dibuat oleh seorang pencuci bilik hotel sekalipun melibatkan seorang VVIP.

Sendiri mau ingat...itulah mungkin erti ‘kebebasan’ dan keadilan yang digeruni Anwar dalam kontek masalah yang dihadapinya sekarang.

Saiful yang mengadu diliwat oleh bosnya terus dicop macam ‘ sampah’ yang tak ada nilai oleh PKR dan ulamak besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat seolah dia tidak ada hak langsung untuk dapat keadilan di tanah air sendiri.

Mungkin kalau Dominique Strauss-Kahn dibebaskan menjelang perbicaraan nanti dia bolehlah datang ke Malaysia ambil kursus dengan Anwar cara-cara untuk main ‘silap mata’ untuk mengabui mata orangramai mengenai kesnya.

Senang saja tuduh Amerika atau Presiden Barak Obama konspirasi pasal tidak mahu dia jadi Presiden Peranchis.

Atau tuduh aje pencuci bilik tu dibayar atau diupah oleh musuh politiknya di Peranchis untuk musnahkan karier politiknya.

Lepas tu buat ceramah di serata Peranchis macam Anwar buat di serata pelusuk Malaysia.

Jangan kata  Dominique Strauss-Kahn saja…mana-mana VVIP yang kena cekup skandal pun boleh minta petunjuk dari Anwar.

Anwar memang dah ada kelayakan dalam bab ni.Liwat pertama…dan sekarang liwat kedua….ditambah pula video yang sebiji tunjuk dia sedang beraksi seks…tapi penyokong tegar yang bergantung harap nasib politik padanya termasuk Nik Aziz masih boleh kelabu mata.

Kawan: selalu ‘liwat’ Lorong Haji Taib

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 780  tetamu dalam talian