
- 23 April 2011
Al kisah sakit belakang Anwar berulang...
Ramai yang telefon Kawan pagi Jumaat dok gebang bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim batal lawatan dua hari ke Pulau Pinang.Ikut ceritanya alasan kononnya sakit belakangnya berulang.
Bukan apa...depa dok garu kepala hairan sebab nampak Pak Sheikh bukan main ligat lagi kempen di Sarawak baru-baru ini.
“Masa dia marah wartawan TV3 dalam sidang akhbar di Kuching , tak nampak pulak muka orang sakit belakang,” sindir salah seorang dari mereka.
Dia merujuk kejadian Anwar hilang sabar bila wartawan wanita tu yang berulang kali tanya mengenai jam Omega yang dikaitkan dengan kes video seks.
Menurut kawan itu lagi, Anwar bukan saja kempen sakan di Sarawak. Dia cabut ke pada hari pilihanraya negeri Sarawak berlangsung.
“Masa di London, Anwar tweet bukan main happy lagi, tengok bola di stadium Emirates milik pasukan Arsenal,”
“Masa itu tak ada pulak cerita sakit belakang,” kata kawan tu.
Lepas tu ke Osaka,Jepun.
Halaman 4 dari 4
- Seterusnya
- 1
- 2
- 3
- 4
- Seterusnya