21November2019

Agenda Daily

UMNO rebah: 'samada kita mati atau matikan lawan'

Ahli UMNO perlu menjadikan tilikan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan UMNO akan rebah sebagai satu cabaran untuk memperkasakan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, walaupun perdana menteri kini jauh berada di Amerika Syarikat, cerita mengenai bekas parti yang pernah dikuasainya selama lebih dua dekad tetap menjadi perhatiannya.

“Alhamdulillah, walaupun berada di Amerika, masih cerita UMNO yang jadi topik perbincangan negarawan. Sama ada UMNO akan ‘collapse’ atau tidak, hanya Allah SWT yang akan menentukan.

“Yang pasti ada pihak yang berusaha supaya UMNO berpecah dan ‘collapse’ kerana hanya dengan ‘collapse’nya UMNO barulah parti tertentu boleh hidup mengisi kelompongan UMNO,” ujar Annuar dalam satu kenyataan di laman facebooknya di sini hari ini, sebagai mengulas satu laporan di akhbar arus perdana mengenai perkara tersebut.

Kata Annuar lagi, jika tidak parti tersebut yang kini semakin jelas talian hayatnya bergantung pada PKR dan Dap, pasti terkubur.

“Justeru, buat ahli UMNO, SAMBUTLAH CABARAN INI. Sama ada kita menyerah untuk ‘dimatikan’ atau kita berdiri tegak berani ‘mematikan’ lawan.

“Berjuang kerana ALLAH.. dan ingatlah… MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG.. namun WALLAHUKHAIRUL MAAKIRIN! (yang bermaksud; Dan Allah Sebaik-baik Perancang),” tegas Annuar.-28/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 287  tetamu dalam talian