12November2019

Agenda Daily

Rais, tak usah jual temberang lah....

Tan Sri Dr Rais Yatim dinasihatkan agar tidak ‘menjual temberangnya’ kepada penduduk Port Dickson, kata calon Bebas di PRK Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut Mohd Isa, beliau tidak ambil pusing dengan kritikan bekas menteri itu kerana menganggap pendirian Rais tidak menentu dan selalu berubah-ubah.

Katanya, beliau sudah biasa dengan kerenah Rais malah penduduk Negeri Sembilan juga sudah lama ‘mengenali’ sikap Ketua Bersatu Negeri Sembilan itu.

“Itu pandangan peribadi (mendakwa Mohd Isa gagal di Port Dickson sebelum ini) dia. Kita pun tahu beliau berubah-ubah, bukan menentu. Kejap cakap macam itu, kejap cakap macam ini.

“Itulah Rais Yatim, kita dah kenal dia lama. Dia kata saya tak usah bertanding, kalau dia (Rais) ada peluang di Jelebu pun, dia nak bertanding di sana.

“Kita tahu cara dia. Rais, tak usah jual temberang lah...semua orang Negeri Sembilan tahu siapa dia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Isa turut menafikan dakwaan mengatakan beliau tidak berbuat apa-apa di Port Dickson kerana kemajuan yang dilihat sekarang adalah semasa zaman pentadbirannya.

“Saya dah buat banyak dulu, dia (Rais) yang tak banyak buat sebab sekejap. Saya buat macam-macam di PD (Port Dickson), yang ada ini semua zaman saya.

“Cuma zaman dia tak banyak sebab dia cuma tiga tahun lapan bulan saja. Pandangan Tan Sri Rais saya tak ambil kira sebab dia berubah-ubah.

“Kejap sini kejap situ. Dia tengok mana ada untung, dia masuklah,” ujarnya.

Meskipun ‘diserang’, bekas Naib Presiden UMNO ini mengakui beliau tidak berasa kecewa kerana menganggap tindakan sebegitu perkara biasa dalam politik.

“Dia dah bersama kumpulan PH, sudah tentulah dia sokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini biasalah, Rais dulu sokong UMNO, lari sana lari sini.

“Saya tidaklah nak rasa kecil hati ke apa. Itu pandangan dia. Benda macam ini, politik, itulah keadaannya,” katanya.-12/10/2018 -Sinar Harian

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 241  tetamu dalam talian