16November2019

Agenda Daily

Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO ke seluruh negara

Terengganu menjadi negeri pertama Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam siri turun padang ke negeri-negeri.
 
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata program yang telah dirancang oleh kepimpinan UMNO ini disertai oleh pimpinan tertinggi parti dengan menjelajah ke semua negeri bermula Jumaat ini dan akan berakhir di Kelantan.
 
“Program yang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada langkah yang digariskan oleh Presiden UMNO ketika membentangkan hala tuju parti dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO 2018 bulan lalu,” katanya dalam kenyataan media Khamis.
 
Ujarnya, antara pengisian sepanjang program ialah pertemuan beliau dan saf pimpinan parti bersama pimpinan peringkat negeri dan UMNO Bahagian semua peringkat selain ceramah isu semasa oleh tokoh dan pakar khas dalam pelbagai bidang.
 
“Program ini sejajar usaha membangkit idealisme perjuangan UMNO agar UMNO Bangkit semula dan mampu terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai parti Rumpun Melayu yang terbesar di negara ini.
 
“Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya telah menyatakan hala tuju utama parti adalah untuk menang pada PRU ke-15 dan kembali berkuasa. Untuk itu segala usaha kini perlu difokuskan bagi memastikan UMNO terus kukuh dan mendapat keyakinan serta sokongan rakyat.
 
“Ahli UMNO perlu bersama-sama Presiden dan saf kepemimpinan parti menggerakkan program dan kegiatan untuk membela nasib rakyat di seluruh negara.” – 25/10/2018- MediaUMNO
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 273  tetamu dalam talian