06Ogos2020

Agenda Daily

Permatang Pauh tiada yang lebih hebat daripada PD - Isa Samad

Calon bebas Tan Sri Isa Samad menegaskan kawasan Parlimen bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih hebat daripada Port Dickson.

Beliau menegaskan perkara itu dalam satu wawancara dengan media di Port Discson hari ini.

Isa yang bertanding melawan Anwar dan lima calon lain berkata beliau telah membangunkan Port Dickson sebagai pusat peranginan hujung minggu sejak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1980-an lagi.

"Permatang Pauh tidak lebih hebat daripada Port Dickson, kita pergi ke sana beberapa kali masa ada PRK... apa yang dia nak bangunkan (di sini),"kata Isa yang menjawab soalan berkaitan prospek Anwar akan membangunkan PD kerana beliau merupakan Perdana Menteri.

Isa juga menafikan beliau bertanding kerana di suruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Tun Mahathir selepas PH berkuasa.

"Saya orang UMNO, Tun Mahathir tubuh parti baru, saya tidak pernah pergi jumpa beliau,"katanya.

Isa baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO untuk bertanding sebagai calon bebas di Port Dickson.

Ditanya apakah beliau akan menyertai UMNO semula selepas ini, kata Isa beliau fokus untuk menang dulu.

"Saya tidak fikir ke depan lagi, saya fokus hendak menang dulu..."ujarnya.

Untuk rekod, Isa merupakan anak jati Port Dickson dan sudah lama menabur bakti di situ.

Port Dickson merupakan kerusi MIC dan UMNO tidak bertanding sehingga menyebabkan sudah tiga penggal penduduk PD memilih wakil rakyat PKR.

Bagaimanapun pada 2009, Isa pernah bertanding PRK Bagan Pinang, salah satu DUN dalam Parlimen Port Dickson dan menang bergaya di situ.

Pada PRU13 beliau bertanding di Parlimen Jempol dan baru-baru ini tidak bertanding mana-mana kawasan.-1/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 556  tetamu dalam talian