30Mei2020

Agenda Daily

Percayakan Mahathir... Anwar sedapkan diri sendiri

Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu dia cuma boleh berharap apabila berkata beliau percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mematuhi persetujuan sebelum ini untuk menyerahkan kedudukan perdana menteri kepadanya.

"Saya percayakannya dan tiada sebab untuk saya persoal," katanya sambil mengakui ada pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Mahathir atas sebab peribadi.

"Selagi saya terus mempunyai hubungan baik dengannya, tidak mengapa," katanya.

Anwar juga dilaporkan berkata beliau bercadang untuk masuk ke Parlimen, melalui pilihan raya kecil pada Oktober, bagi memainkan peranan semak dan imbang terhadap reformasi institusi kerajaan.

"Keputusan untuk aktif dalam parlimen adalah strategik dari aspek orang tidak akan ada tanggapan yang saya cuba mengganggu atau menyukarkan keadaan untuk Mahathir," katanya.

Anwar juga memberitahu Nikkei Asian Review bahawa beliau tiada niat mengganggu pentadbiran Mahathir.

Berkenaan reformasi oleh kerajaan pula, Anwar berkata beliau mahu dasar bumiputera agar dikembalikan kepada tujuan asal iaitu membasmi kemiskinan.

"Dasar itu yang berasaskan kaum dan telah disalah guna untuk mengkayakan kroni perlu dihentikan.

"Dasar yang membantu golongan terpinggir, minoriti dan bumiputera yang ketinggalan perlu diteruskan sebagai (dasar) tindakan afirmatif, bukannya sebagai dasar bumiputera," katanya lagi.

Menurut wawancara itu yang disiarkan hari ini, beliau juga menyokong tindakan Mahathir untuk menyemak semula pelaburan dari China, namun menekankan kepentingan menambah baik hubungan antara dua negara.

Anwar mendakwa kerajaan sebelum ini "terlalu lembut" bagi menarik sokongan golongan Muslim konservatif, dan berkata masyarakat di negara ini perlu menghormati perbezaan kepercayaan dan cara hidup orang lain.

Beliau dilaporkan berkata, ia termasuk golongan gay, biseksual dan transgender, tetapi kerajaan tidak akan mengiktiraf perkahwinan sejenis.-29/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1307  tetamu dalam talian