14Julai2020

Agenda Daily

Pemuda DAP sokong Kit Siang dilantik Speaker Dewan Rakyat

Pengalaman, kebolehan dan ketegasan Lim Kit Siang sesuai sebagai calon yang dipertua Dewan Rakyat, kata Pemuda DAP.

“Beliau akan berlaku adil dan tegas kepada semua untuk memastikan bahawa sistem demokrasi berparlimen dipelihara...,” kata Muhammad Shakir Ameer.

Penolong setiausaha publisiti pergerakan itu berkata Lim sukar ditandingi sewaktu berhujah mempertahankan perlembagaan dan isu untuk semua.

“Kadar kerja dan disiplin tinggi ahli-ahli serta wakil rakyat daripada parti DAP juga adalah kerana bimbingan dan ketegasan beliau...,” katanya.  

Selain ahli parlimen itu, ketua wakil rakyat PKR Datuk Johari Abdul juga dicalonkan untuk jawatan itu tetapi dilaporkan menolaknya.

Muhammad Shakir menggesa wakil rakyat Pakatan Harapan menyokong Lim sebagai speaker Dewan Rakyat, yang akan bersidang minggu depan.

“Pemuda Sosialis DAP Malaysia dengan ini menyokong penuh Lim sebagai speaker Dewan Rakyat penggal ke-14,” katanya.-13/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 344  tetamu dalam talian