28Mei2020

Agenda Daily

PAS Selangor nyatakan sokongan terbuka kepada calon BN

PAS Selangor mengatakan sokongan terbuka kepada calon BN Datuk Lokman Nor Adam dalam pilianraya kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Parti itu berkata langkah itu sebagai bantahan kepada kerajaan PH.

"PAS menyatakan sokongan terbuka kepada calon BN Datuk Lokman Nor Adam sebagai isyarat kepada kerajaan PH yang berdolak dalik untuk melaksanakan manifesto,"kata kenyataan yang disiarkan di facebook PAS Selangor.

Menurut kenyataan itu lagi, PAS menyasarkan untuk menperkukuh suara pembangkang di DUN Selangor.

Sementara itu, dalam ceramah di Bukit Naga Ahad malam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata suara pembangkang harus kuat bagi memastikan ada semak dan imbang dalam kerajaan PH

“Ini bererti suara pembangkang mesti kuat selepas mengambil kira apa yang sedang berlaku ketika ini di negara kita.

“Sekarang ini berlaku pelanggaran sistem undang-undang dalam negara, pelanggaran terhadap tatasusila undang-undang serta pembebasan terhadap kes salah laku di peringkat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk kroni dan rakan-rakan sendiri. Jadi, apa beza mereka dengan kerajaan sebelum ini?" katanya.

Ketika mengulas kenapa PAS tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis beliau berkata, tiada perbezaan jika bertanding atau tidak.

“Kita ditanya kenapa PAS tidak bertanding di Kota Raja (Sungai Kandis). Bertanding dan tidak bertanding, sama sahaja. Parti lain tetap maki. Kita diserang dan difitnah. Jadi apa bezanya bertanding atau tidak.

“Dalam pilihan raya baru-baru ini, kita dapat tempat ketiga di Sungai Kandis. Kita ukur diri kita, cermin diri kita, jadi kita ambil keputusan untuk tidak bertanding," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, dalam tempoh 100 hari pemerintahan PH banyak kepincangan membabitkan umat Islam serta bangsa Melayu.

“Pagi tadi penuh orang hadir ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, menentang kerajaan hari ini, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Persekutuan didominasi dengan wakil rakyat bukan Islam. Bermakna kuasa politik mereka lagi besar, walaupun, orang Islam mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau kita tentang PH sebelum ini pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), PRK ini sepatutnya kita kena tentang juga. Setiausaha Agong juga sebut di Selangor ini kita kena wujudkan satu pakatan pembangkang yang kuat supaya ada semak dan imbang.

“Di Selangor, Pakatan Harapan majoriti dua pertiga dalam Dewan (DUN). Sudah terlalu besar. Bagi dia menang, lagi naik tocang," katanya.-30/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 521  tetamu dalam talian