30Mei2020

Agenda Daily

Mat Sabu enggan jawab tuduhan hadir majlis korban Syiah

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kunjungan beliau pada majlis korban di sebuah perkampungan di selatan Thailand baru-baru ini adalah hal peribadi.

Sebuah portal berita melaporkan beliau menghadiri majlis korban di sebuah masjid di Phatthalung yang dikatakan menjadi markas Syiah di wilayah itu.

“Itu saya tidak perlu jawablah, ia hanya dakwaan sahaja [hadir majlis korban Syiah]. Saya hadir majlis korban di banyak tempat di Thailand setiap tahun seperti di kem keamanan di sana.

“Ia adalah urusan peribadi dan saya hadir atas dasar jemputan serta diiringi pihak tentera,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya Selasa.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sebagai pengiring rapat kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah kembali berkhidmat dengan ATM.

Media sebelum ini melaporkan ketiga-tiga mereka masih menjadi pengiring Hishammuddin, yang tidak lagi memegang portfolio menteri pertahanan berikutan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14, Mei lepas.-28/8/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1434  tetamu dalam talian