14Julai2020

Agenda Daily

KWSP hilang pelaburan RM3.86 bilion... siapa rugi?

Kerana majoriti salah pangkah maka semua rakyat Malaysia bakal merasai kesan keputusan PRU14 di mana kerajaan BN digantikan dengan kerajaan PH yang tidak berpengalaman.

Untuk rekod, kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal kehilangan nilai pelaburan RM 3.86 bilion, kata Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid menyatakan kejatuhan harga saham sejak PRU14 menyebabkan KWSP kehilangan nilai pelaburan susulan kerugian yang dialami Maybank sebanyak RM1.06 bilion, Axiata (RM990 juta), CIMB (RM730 juta) dan TM (RM690 juta).

Menurutnya, senario berkenaan amat membimbangkan kerana mampu memberi impak serta kesan langsung kepada keuntungan dan keupayaan untuk memberi pulangan yang tinggi kepada pencarum dan ahli.

Beliau turut mendedahkan aliran keluar dana asing pada Jun 2018 adalah berjumlah RM6.82 bilion.

"Mengapa ini terjadi?" soal Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.

“BN akan menggunakan pengalaman 61 tahun sebagai pemantau perjalanan kerajaan PH hari ini sebagai check and balance.

“Perjuangan pembangkang (BN) adalah untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, ringgit mencecah paras terendahnya untuk tahun 2018 pada Rabu, dipengaruhi penurunan harga minyak dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit mengikuti kelemahan mata wang Asia lain selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell mengeluarkan kenyataan optimis berhubung keadaan ekonomi negara itu.

Perkembangan berkenaan sekali gus meningkatkan lagi jangkaan kadar faedah di AS akan dinaikkan lagi untuk beberapa kali pada tahun ini.

Pada testimoni Kongres yang diperhatikan dengan penuh minat oleh pelabur, Powell berkata beliau melihat AS berada pada landasan terbaik untuk mencatatkan pertumbuhan stabil dalam beberapa tahun akan datang.-19/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian