26Januari2020

Agenda Daily

Kutipan cukai rendah, bagaimana PH nak tunai janji...?

Puteri UMNO mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan semua janji-janji di dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, di saat tempoh ‘bulan madu 100 hari’ hampir tamat.

Ini kerana janji yang dibuat itulah menyebabkan anak-anak muda menyokong mereka sehingga Barisan Nasional tumbang pada PRU14.

Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berkata PH perlu segera menunaikan janji itu sebelum generasi muda  tertekan kerana rasa diperdaya PH.

“Jangan menggunakan alasan ‘Manifesto bukan Kitab Suci’ untuk lari dan tidak menunaikan janji-janji kepada rakyat,”katanya kepada Agendadaily.

Menurut Zahida setelah PH mengumumkan kadar GST kepada sifar, namun ia gagal untuk menurunkan harga barang seperti dijanjikan malah ada pula yang meningkat.

“Jadi apabila dikembalikan sistem cukai lama SST 10%, kami mahukan jaminan yang jelas daripada pihak kerajaan. Adakah harga barang pasti akan turun?

Tambahnya lagi, berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sistem percukaikan SST 10% dikenakan di satu peringkat iaitu kepada pengeluar dan hanya akan menyumbang RM21 bilion.

“Jelas hasil kutipan kepada kerajaan pasti akan berkurangan berbanding RM44 bilion hasil kerajaan melaui GST pada 2017 dan RM41 bilion pada 2016. Risiko kehilangan pendapatan akibat ‘ketirisan’ daripada pengusaha ‘lari cukai’ juga sangat tinggi.

“Dengan kutipan yang rendah ini, bagaimana kerajaan mampu memberikan faedah atau pulangan balik kepada rakyat? Adakah gaji akan dinaikkan atau mungkin akan wujud bantuan-bantuan rakyat sebagaimana kerajaan terdahulu seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bantuan nelayan, baucar buku, bantuan awal persekolahan dan banyak lagi,” katanya.-20/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 177  tetamu dalam talian