29November2020

Agenda Daily

Khairy umum 4 calon untuk jawatan MT UMNO dari Pemuda

kj-exco513Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.- OLEH LUKMAN ABDULLAH- 4/9/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 312  tetamu dalam talian