06April2020

Agenda Daily

Kerajaan perlu bentang Kertas Putih kenapa Guan Eng bebas

Bukan main-main... rakyat boleh hilang kepercayaan terhadap sistem keadilan di Malaysia selepas Menteri Kewangan bebas tuduhan rasuah kerana Pendakwaraya tidak mahu meneruskan kes.

Berikutan itu, PAS mengesa satu Kertas Putih, atau laporan siasatan khas, perlu dibentangkan berhubung kes tersebut.

Setiausaha agungnya berkata pembentangan itu penting kerana statusnya sebagai menteri dan juga memartabatkan institusi Parlimen.

“Memandangkan kes ini melibatkan seorang ahli parlimen dan juga menteri kabinet persekutuan, satu Kertas Putih perlu dibentangkan dalam Parlimen akan datang bagi menjelaskan perkara ini demi memelihara dan menjaga integriti dan martabat institusi Parlimen,” kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Lim, kini menteri kewangan, dibebaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah membeli banglonya di bawah harga pasaran ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi George Town turut membebaskan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan bersubahat dalam kes kes itu.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng meluluskan permohonan zon pertanian kepada zon perumahan awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd yang dimiliki Pang.

Lim, 58, dituduh  melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di bilik gerakan Tingkat 28, Bangunan  Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai ketua menteri mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta.

Mengulas perkembangan yang sama, naib presiden PAS Idris Ahmad menggesa peguam negara Tommy Thomas untuk meletak jawatan.

“Walaupun yang mengendalikan kes ini adalah peguam cara negara, Thomas adalah pegawai tertinggi di Jabatan Peguam Negara dan pegawai atasan kepada peguam cara negara.

“Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Lim memberi gambaran bahawa ia adalah salah satu keputusan yang ada elemen konflik kepentingan,” katanya.

Thomas, sebelum dilantik jawatan tersebut, pernah menjadi peguam bela Lim.-4/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 288  tetamu dalam talian