18September2020

Agenda Daily

Kenyataan Annuar Musa mengenai lantikan sebagai Setiausaha Agung UMNO…

Saya dengan penuh keinsafan dan rendah diri, menerima pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung yang baru seperti diumumkan oleh Presiden UMNO hari ini.
 
Saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Presiden bagi saya memikul tugas yang sangat berat lagi mencabar ini.
 
Saya berkesempatan duduk dan berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO sebelum pelantikan ini dibuat. 
 
Saya amat memahami dan menyanjung tinggi iltizam Presiden UMNO yang berhasrat merekayasa dan merakyatkan perjuangan parti agar UMNO terus menjadi satu wadah umat dan bangsa dalam proses membina negara Malaysia yang aman, makmur, harmoni lagi sejahtera bagi semua.
 
Saya juga berkongsi pendapat betapa kita perlu membina parti ini dengan membawa perubahan komprehensif dan menyeluruh sehingga ia menjadi satu landasan pilihan buat rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, kaum Bumiputera dan umat Islam di Malaysia.
 
Memahami komitmen Presiden UMNO untuk memikul mandat dan amanah parti serta keserasian iltizam untuk bekerja secara jujur, beramanah dan berintegriti tinggi serta berkhidmat sebagai satu pasukan pada saat dan ketika UMNO menghadapi ujian paling getir ini.
 
Maka saya dengan reda bersetuju untuk berada di saf hadapan bersama Presiden,Timbalan, Naib-Naib, Ahli Majlis Tertinggi (MT) serta ketua sayap-sayap secara bersama, memikul tugas ini demi agama, bangsa dan tanah air.
 
Sebagai Setiausaha Agung parti, sudah pasti saya akan bekerjasama dengan semua pihak demi kesempurnaan tugas yang diamanahkan kepada saya.
 
Kepada Allah, saya bertawakal dan kepada-Nya saya berserah dan memohon pertolongan.
 
Salam Hormat.
 
ANNUAR MUSA
14/7/18
1 Dzul Qi’dah 1439 AH
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 601  tetamu dalam talian