"Jika perjuangan ini mereka haramkan, jangan kita menyerah" - SUA UMNO
- Terakhir dikemaskini: 08 Oktober 2018
Ahli UMNO perlu terus istiqamah menentang kezaliman dan penindasan lantaran pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO sekarang ini.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata jangangadai perjuangan dengan harga yang murah, apa lagi untuk undur atau menyerah kalah.
“Kiranya seorang dari kami di saf depan tumbang atau di tawan, pimpinan berikut hendaklah tampil menjulang obor perjuangan… dan kiranya pengganti juga tumbang, hendaklah yang di belakang mara ke depan.
“Dan kiranya perjuangan ini mereka haramkan, jangan sesekali kita menyerah. Perjuangan kerana Allah tidak boleh kalah atau patah. Kita adalah khalifah dan di belakang kita ada sejarah.
“Hunuskan pedang perjuangan walau dengan gigi dan lidah… atau melalui sebatang pena dan jari jemari yang patah…terus berjuang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh menerusi catatan dalam laman facebooknya hari ini.
Dilaporkan UMNO terus mendapat tekanan dengan para pemimpinnya satu persatu dikaitkan ditahan SPRM atau dikaitkan dengan AMLA selain dikatakan bahawa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga bakal ditahan oleh pihak SPRM dalam tempoh terdekat.-8/10/2018