21Oktober2019

PANAS...Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar

Nampak gayanya makin menarik plot-plot isu Menteri Besar Selangor.

Apa tidaknya...Ini ekoran pendedahan terbaru Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai pertemuan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Jumaat semalam.

Siapa yang tidak terkejut dengar Hadi cakap jalan keluar pada isu ini ialah kekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

"Dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu (kemelut MB) ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru (Haji Hadi) sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid,' kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media petang Sabtu.

Beliau menyifatkan pandangan Hadi itu 'agak merisaukan'.

Selain Nik Nazmi pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua DAP, Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia,Selangor berkata pertemuan dengan Haji Hadi itu merupakan antara siri pertemuan mereka dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam usaha mereka membantu menyelesaikan masalah berikutan isu Menteri Besar Selangor.

"Pilihan itu ( jalan keluar ikut pandangan Hadi) tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor. Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti,"ujar beliau.

"Ini ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri,"katanya.

Nik Nazmi berpendirian sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan Rakyat.

BERIKUT KENYATAAN MEDIA NIK NAZMI

RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS

Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana kesudian beliau bertemu saya bersama-sama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pagi Jumaat 12 September yang lalu.

Suhaizan juga telah memberi maklumat ringkas tentang pertemuan tersebut kepada portal Malaysian Gazette.

Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dipersetujui Pemuda Pakatan dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan berikutan isu Menteri Besar Selangor.

Cuma yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid.

Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor. Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti.

Ini ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri.

Sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan.

NIK NAZMI NIK AHMAD

KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA


-13/9/2014

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 273  tetamu dalam talian