06Ogos2020

Agenda Daily

Isa beri amaran pada PH, dia akan serang balas jika...

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberi amaran, jika pencabar berterusan menyerang peribadinya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menegaskan, beliau tidak pernah menyerang peribadi mana-mana calon bertanding kerana tindakan itu tidak baik.

“Saya tidak akan melakukan serangan peribadi kerana setiap kali berjumpa pengundi, saya hanya bercerita mengenai isu tempatan. Itu lebih penting.

“Jika mereka berterusan menyerang peribadi saya, saya tiada pilihan dan melakukan perkara sama.

“Kalau nak mula (serang peribadi) memang seronok, dari 1998 pun saya boleh bercerita kerana semua dalam kocek saya,” katanya ketika ditemui Kampung Arab di Port Dickson, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, yang antara lain membangkitkan isu penularan wabak jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di Negeri Sembilan pada awal 2000.

Zulkefly menyebut perkara itu dalam program ceramah di Kampung Pachitan di Port Dickson, malam tadi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan itu turut mengaitkan Mohd Isa berhubung masalah yang menyelubungi FELDA.

Mengulas perkara itu, Mohd Isa menyerahkan kepada pengundi Port Dickson untuk membuat pertimbangan sewajarnya berhubung dakwaan terhadapnya.

“Terserah kepada pengundi kerana mereka lebih mengenali saya. Tiada isu sebenarnya kerana Port Dickson tiada tanah rancangan FELDA.

“Mereka sentuh isu tanah di Jalan Semarak, polis yang buat siasatan kata, tiada isu.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap saya, akaun (bank) saya pun tidak dibekukan, pasport antarabangsa saya tidak dirampas.

“Ini maknanya tiada isu berbanding calon mereka yang pernah masuk penjara,” katanya.-3/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 558  tetamu dalam talian