Ujar beliau, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat 'flip-flop' dalam perkara itu.

“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

“Dalam Pakatan Harapan (PH), kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dengan manifesto yang ada,” katanya di Putrajaya pada Khamis. Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching seolah-olah tidak mengambil kira tentang bantahan tersebut apabila baru-baru ini menyatakan, isu berkaitan pengiktirafan UEC perlu diselesaikan secepat mungkin supaya pemegang sijil berkenaan dibenarkan memasuki perkhidmatan awam.

Ketika ditanya tentang tempoh yang akan diambil untuk UEC diiktiraf, Maszlee secara berseloroh mengatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa selama 60 tahun seperti BN.-13/7/2018