14Julai2020

Agenda Daily

Dulu menteri populis, sekarang menteri selebriti...

Perlantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa yang baru sudah tentu akan melahirkan lagi banyak CERTOT atau cerita kontot mengenai beliau, kata Ketua UMNO Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi.

CERTOT adalah istilah baru hasil pemikiran kreatif Menteri bertaraf selebriti ini.

Menurut Puad, Maszlee sendiri yang membuat kenyataan bahawa tiada lantikan politik di universiti.

"Dia mahu universiti bebas daripada pengaruh parti politik. Kenapa tidak kotakan janji. Lebih buruk lagi Setiausaha Politik beliau Mohd Nizam Morad juga dilantil sebagai Ahli Lembaga Pengarah UUM,"ujarnya.

Puad yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pendidik berkata lebih elok Maszlee fokus kepada pendidikan di sekolah pedalaman.

"Ada beratus lagi sekolah pedalaman termasuk bertaraf P3 yang perlu perhatian khusus daripada Menteri. Apa salahnya beliau turun ke bawah melawat sekolah pedalaman walaupun terpaksa naik bot, 4WD dan tidur di rumah panjang.

"Berdasarkan pengalaman, kalau Menteri tidak turun maka pegawai yang boleh membuat keputusan untuk meluluskan peruntukan tidak turun.

"Akibatnya terlepas pandang berlaku dan sekolah pedalaman terus usang.

"Maka, bagaimana padang permainan boleh disamaratakan? Saya berpengalaman tidur di 17 buah rumah panjang untuk melawat sekolah pedalaman. Pernah berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke SK Saliliran di Sabah. Kerana itu barulah Pegawai ikut melawat.

"Dulu kita ada Menteri Populis. Sekarang kita ada Menteri Selebriti. Kedua dua cara tersebut menyebabkan soal pokok dan dasar terpinggir. Mereka suka perkara yang menjadikan mereka ramai peminat sahaja,"ujar beliau.-6/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 344  tetamu dalam talian