20November2019

Agenda Daily

Dua MP UMNO Johor dipujuk keluar parti... - Hasni

Selain diugut dengan AMLA, ramai juga pemimpin UMNO yang dipujuk supaya keluar parti.

UMNO Johor mengesahkan terdapat beberapa pemimpin mereka khususnya yang memegang kerusi Parlimen sedang dipujuk pihak luar untuk meninggalkan parti.

Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata,  sehingga kini dua pemimpin telah menyatakan diri mereka dipujuk parti luar untuk berbuat demikian selain turut dijanjikan dengan pelbagai tawaran.

“UMNO Johor setakat ini masih belum ada keluar, tetapi saya tahu ada ahli Parlimen kami yang sedang dipujuk serta melakukan pertemuan.

“Kita di sini ada tujuh kerusi Parlimen milik UMNO dan satu kerusi Parlimen milik MCA. Daripada kesemua ini dua daripada mereka sedang dipujuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri mesyuarat pertama wanita UMNO Johor penggal kali ini, di Ibu Pejabat UMNO Johor, Isnin.

Bagaimanapun, Hasni berkata, dirinya telah berhubung dengan dua ahli Parlimen berkenaan dan mengesahkan mereka masih berpegang teguh kepada haluan parti.

“Saya dah hubungi mereka, dan dimaklumkan yang mereka akan kekal dengan parti. Kita sedia tahu yang tindakan keluar parti seperti ini boleh memberi impak besar terhadap kelangsungan parti di masa hadapan.

“Jadi kami akan usahakan satu langkah yang sewajarnya, sekarang saya cuma harap supaya kepimpinan Umno akan terus berpegang kepada kepada prinsip dan ideologi perjuangan yang sering kita kenali,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tular satu pesanan di laman sosial mengenai 17 nama ahli Parlimen UMNO dikatakan akan keluar daripada parti berkenaan.

Sebelum itu, dua pemimpin UMNO iaitu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar parti.-25/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 241  tetamu dalam talian