16November2019

Agenda Daily

Cubaan gugat keistimewaan Melayu dan Islam di Malaysia - KJ

Usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Konvensyen Antarabangsa Menentang Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya akan mengganggu Perlembagaan Persekutuan serta menggugat keistimewaan Melayu dan Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ICERD telah menyatakan bahawa mana-mana pihak yang menandatangani dan ratifikasi, boleh menggunakan dasar diskriminasi positif itu untuk menjamin hak sama rata dan kebebasan.

Malah katanya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kedudukan istimewa diberikan kepada bumiputera.

“ICERD tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak selaras de­ngan Perlembagaan Per­sekutuan. Ada se­bab kenapa Wisma Putra selama ini tidak meratifikasikan konvensyen-konvensyen seperti ini.

“Untuk konven­syen lain, saya rasa ti­dak ada masalah, tetapi ini (ICERD) antara konvensyen yang kita tidak ratifikasi selama ini dengan alasan yang baik. Sebab ia ada masalah apabila hendak diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) dalam sidang Dewan Rakyat Selasa.

Dalam perhimpunan bulan­ la­lu itu, Dr. Mahathir telah mengesahkan bahawa Malaysia akan melaksanakan ratifikasi enam konvensyen PBB mengenai hak asasi kerana daripada keseluruhan sembilan konvensyen PBB, Malaysia telah menyertai kesemua­nya tetapi yang enam konvensyen tersebut belum dimuktamadkan amalannya.

Tambah Khairy, beliau secara peribadi tidak mempunyai masalah berhu­bung sebahagian besar konven­syen yang diratifikasi, namun bukan yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan seperti ICERD.

Katanya, Artikel 2 ICERD jelas menyatakan bahawa kedudukan istimewa yang diberikan kepada satu kumpulan etnik tertentu mempunyai tempoh atau had bagi memberi peluang penggunaan dasar diskriminasi positif iaitu hak sama rata kepada kaum-kaum lain.-17/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1465  tetamu dalam talian