11Julai2020

Agenda Daily

Calon PAS harap SPRM tidak mempolitikkan kes rasuah

Penahanan seorang bekas ADUN wanita PAS di Selangor pada Isnin mencetuskan tanda tanya mengenai kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sejak akhir-akhir ini SPRM dilihat cenderung 'bermain politik' termasuk dengan membocorkan maklumat-maklumat kes sensasi kepada media tertentu.

Bagi calon PAS DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali beranggapan bahawa penahanan seorang bekas Adun dari parti itu merupakan satu tindakan bagi mengalihkan perhatian terhadap isu yang lebih besar.

Menurutnya, pihaknya berharap agar kes itu tidak dipolitikkan bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri berhubung dakwaan tersebut.

"Saya berharap agar pihak berkenaan tidak mempolitikkan perkara ini kerana takut ada isu yang lebih besar melibatkan orang lebih besar mahu ditenggelamkan.

"Sebab kes ini berlaku di Selangor malah tertuduh turut dikaitkan dengan Pas sebagainya. Jadi bagi kami tak ada masalah,"katanya.

Pada Isnin, seorang bekas Adun yang dikaitkan dengan PAS ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Difahamkan, wanita berusia 56 tahun itu ditahan jam 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Mengulas lanjut, Halimah turut mempersoalkan mengapa isu tersebut timbul pada masa kini dan berharap agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan profesional oleh pihak berkuasa.

"Walaupun dia rakan sejawat saya sejak dulu, namun beliau turut mempunyai hak.

"Dan dia tak bersalah sehingga didapati bersalah,"katanya.

Tambah beliau, PAS mahukan agar sesiapa sahaja yang disyaki melakukan kesalahan dapat disiasat dengan telus dan bukan atas tekanan serta selektif.-5/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 312  tetamu dalam talian