17November2019

Agenda Daily

Bersatu jangan berpecah-pecah... Muhyiddin beritahu ahli UMNO

Biarlah 'keadaan laut bergelora'... Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua ahli UMNO terus bersatu dan tidak berpecah-belah bagi memastikan parti sentiasa kukuh serta kuat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Timbalan Perdana Menteri mahu ahli parti melipatgandakan usaha dan kerja yang dilakukan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, usaha itu dapat dicapai dengan meningkatkan persefahaman dan perasaan kebersamaan.

“Timbalan Presiden UMNO dengan jelas menyatakan bahawa kita perlu kerja berkali-kali ganda serta mesti bersatu dan jangan berpecah-belah kerana UMNO perlu lebih kukuh dan kuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup antara pemimpin UMNO negeri ini dengan Muhyiddin di Wisma UMNO Negeri Sembilan Isnin.

Menurutnya, Muhyiddin juga menasihatkan pemimpin UMNO negeri ini memantau perkembangan di peti-peti undi sehingga ke peringkat lokaliti dengan memastikan sebarang kelemahan diatasi.

Jelasnya, mereka juga perlu memastikan usaha ditingkatkan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi menerusi majoriti kurang 10 peratus.

Mohamad berkata, dalam pertemuan itu, beliau telah membangkitkan masalah yang sedang dihadapi UMNO ketika ini dengan menggunakan ibarat seperti ‘kapal yang sedang dibadai oleh gelora di lautan’.-6/4/2015 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 251  tetamu dalam talian