14Ogos2020

Agenda Daily

Belia macai... jangan biadap Syed Saddiq

Pemuda UMNO menegur kenyataan biadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Parlimen, yang didakwa melabelkan badan bukan kerajaan (NGO) belia sebagai ‘macai’ politik.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Syed Saddiq perlu berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan ketika berbahas pada sidang Dewan Rakyat.

“Menuduh NGO belia seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai ‘macai’ politik adalah kata-kata amat tidak bertanggungjawab daripada seorang yang bersifat negarawan.

“Apabila dilantik sebagai anggota pentadbiran, menteri, beliau (Syed Saddiq) perlu berjiwa negarawan.

“Takkanlah setiap masa apabila mereka kritik kerajaan kita melabelkan mereka dengan pelbagai label,” katanya pada Khamis.

Asyraf Wajdi turut menasihatkan Syed Saddiq supaya melihat sesuatu isu di luar kepompong kepartian dan bermotifkan politik.

Katanya, ia susulan NGO belia mewakili suara anak muda yang membangunkan bakat kepemimpinan negara yang ada kalanya akan menyokong sesuatu dasar dan ada kalanya 'bersikap panas' dengan mengkritik.

“Seharusnya mereka dinilai secara adil dan tidak sewenangnya digelar ‘macai’ politik yang tidak bermoral dalam institusi parlimen dan (tuduhan) datang daripada seorang menteri.

“Takkan selepas dua bulan dalam kerajaan, ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) melontarkan kata-kata yang hakikatnya, bagi saya tidak bertanggungjwab dan tidak bersifat seorang ahli parlimen yang beradab dan punya nilai moral tinggi,” katanya.-3/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 325  tetamu dalam talian