22Januari2020

Agenda Daily

Bekas pemimpin mahasiswa antara muka baru dilantik Exco Pemuda UMNO

Bekas pemimpin mahasiswa, Muhammad Farhan Khairuddin, 24 merupakan antara pemimpin muda yang dilantik dalam barisan Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hari ini.
 
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau merupakan exco yang paling muda berada di dalam barisan kepimpinan pergerakan berkenaan selain lapan lagi mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai gabungan latar belakang.
 
Menurut Asyraf pelantikan tersebut adalah dalam usaha memberi tumpuan kepada agenda pergerakan berkenaan yang telah dimaklumkan sebelum ini.
 
“Pemuda UMNO telah melantik sembilan lagi exco bagi penggal 2018-2021. Di kalangan yang dilantik ini ada yang paling muda sekali yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa yang berumur 24 tahun.
 
“Manakala yang lain-lain kebanyakan mereka yang dilantik untuk memfokuskan kepada agenda Pemuda UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Ibu Pejabat parti, Menara Dato Onn, Khamis.
 
Berikut senarai lantikan baru Exco Pemuda UMNO.
 
1. Bastien Onn
2. Ahmad Badurol Hisham Mukhtar
3. Muhammad Farhan Khairuddin
4. Mohd FarizAbd Hadi
5. Nik Saiful Adli [email protected] Jaohari
6. Afif Farhi Othman
7. Raihan Husni
8. Sayed Amir Muzakkir Al Sayed Mohamad
9. Fadzmel Fadzil
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 241  tetamu dalam talian