05Disember2019

Agenda Daily

Adik perempuan Guen Eng dilantik Setiausaha DAP Pulau Pinang

Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha DAP negeri tersebut.

Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau Pinang selepas dua penggal berkuasa.

Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Teh, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata beliau menghormati keputusan perwakilan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada kegagalan dalam mempertahankan jawatannya itu disebabkan tindakannya menyokong usul Adun BN, meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai tambakan tanah di negeri ini pada sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Perwakilan telah membuat keputusan mereka dan saya hanya boleh menghormati keputusan pemilihan hari ini," katanya.
Teh hanya mendapat 190 undi daripada 760 undi pada pemilihan bagi penggal 2015-2017.

Sementara itu, Adun Bagan Ajam, Lim Hock Seng, Adun Sri Delima, RSN Rayer, Adun Komtar, Teh Lai Heng dan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Harvindar Singh juga gagal mempertahankan jawatan mereka.

Lim hanya sekadar meraih 216 undi manakala Rayer (225), Teh (239) dan Harvindar (147) pada pemilihan kali ini.

Pengerusi mempunyai kuasa untuk melantik lima anggota ke dalam jawatankuasa negeri itu.

Pengerusi: Chow Kon Yeow

Timbalan Pengerusi:Jagdeep Singh Deo

Naib Pengerusi: Prof. P.Ramasamy dan Zairil Khir Johari

Setiausaha: Lim Hui Ying

Penolong Setiausaha: A. Tanasekaran

Bendahari: Law Heng Kiang

Penolong Bendahari: Jeffrey Chew

Setiausaha Organisasi: Wong Hon Wai

Penolong Setiausaha Organisasi: Lay Hock Peng dan Goh Choon Keong

Setiausaha Publisiti: Ng Wei Aik

Penolong Setiausaha Publisiti: Syerleena Abdul Rashid

Pengarah Pendidikan Politik: Steven Sim.

Ahli Jawatankuasa:

Lim Siew Khim, Soon Lip Chee, Phee Boon Poh, RSN Rayer, Gooi Seong Kin dan Lim Hock Seng.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 293  tetamu dalam talian