21Oktober2019

TERAS tak berganjak walau ada komponen BN tak suka

terasParti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) tidak akan berganjak dan tetap meneruskan  perjuangan mereka walaupun terpaksa berdepan dengan kecaman oleh beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Bekas Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial, William Mawan Ikom, berkata kecaman sesama rakan politik atau pemimpin keluar-masuk  parti merupakan perkara yang normal berlaku dalam sesebuah organisasi.

Justeru, Mawan beranggapan kenyataan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Masing, yang secara jelas memujuk parti komponen BN iaitu SPDP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  menolak penyertaan Teras dalam keluarga BN adalah hak masing-masing.

“Saya faham Masing mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu (menentang penyertaan Teras dalam BN), tetapi kita tidak pasti tujuan sebenar beliau berbuat demikian.

“Mungkin terselindung sesuatu muslihat untuk kepentingan peribadi beliau, itu hak Masing. Tetapi jangan sampai boleh menjejaskan kepercayaan keseluruhan parti,” katanya.

Mawan menambah, setiap orang mempunyai hak mereka sendiri untuk bersuara, dan begitu juga dengan beliau.

Beliau juga mempersoalkan mengapa segelintir pemimpin politik parti komponen BN Sarawak enggan menerima kahadiran Teras sedangkan barisan pemimpin yang menyertainya merupakan wakil rakyat dan anggota kabinet Sarawak.

“Diibaratkan sebelah kaki kami berpihak kepada BN dan sehingga kini masih melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet kerajaan,” katanya sambil menambah, yang menghairankannya masih ada pihak yang menganggap Teras sebagai ‘orang luar’.-21/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 197  tetamu dalam talian